Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki akan bantu lulusan tamat pengajian masuk sektor sedang membangun

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan terus mengambil pendekatan holistik dalam membantu lebih ramai pelajar yang tamat pengajian memasuki sektor memuncul (emerging) dan memastikan mereka kekal lama dalam kerjaya itu.



Ini antara tumpuan Mendaki, lebih-lebih kini ada permintaan dalam sektor seperti teknologi, kesihatan dan khidmat kewangan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, semasa mengulas peranan Mendaki dalam menggalak lebih ramai lulusan pendidikan tinggi Melayu/Islam memasuki sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).



Berucap dalam satu sidang media semalam, timbalan pengerusi Mendaki itu berkata: "Kita juga mahu melihat bukan lebih ramai graduan di universiti dan politeknik sahaja, malah mereka yang dapat memasuki sektor-sektor sedang membangun.



"Di sini, saya rasa amat penting kita menolong mereka memilih kerjaya dan memberi mereka mentoring bagi mendapat inspirasi daripada karwayan hari ini dan juga melihat pilihan dan cara mencapai aspirasi mereka."



Encik Zaqy, yang menghadiri mesyuarat agung tahunan Mendaki semalam, turut menekankan kepentingan pendekatan holistik Mendaki di samping sumber nasional seperti Program Latihan SGUnited, yang membantu graduan mendapat pekerjaan.



Berkongsi rancangan Mendaki, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata mereka akan terus memperhalusi rancangan lima tahun badan itu.



Beliau berkata Mendaki ingin mencapai empat matlamat.



Pertama, memperkasa ibu bapa sebagai guru, pengasuh dan rakan anak mereka. Kedua, mempersiap kanak-kanak dan belia untuk berdaya tahan dan siap bagi masa depan.



Ketiga, memperkasa tenaga kerja agar berdaya usaha, terhubung, dapat menyesuaikan diri dan belajar sepanjang hayat. Keempat, mempertingkat keupayaan pertubuhan bagi mencapai kecemerlangan.



Membentangkan laporan kewangan tahun lalu Mendaki, Encik Masagos berkata Mendaki telah menggunakan hampir $1.9 juta rizabnya bagi membantu masyarakat menangani kesan Covid-19.



Antara lain, ia digunakan untuk memberi Elaun Sementara Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kepada lebih 970 pelajar bagi membantu mereka meneruskan pendidikan walaupun pendapatan keluarga mereka terjejas akibat Covid-19.



Selain itu, lebih 300 komputer riba dipinjamkan kepada pelajar prasekolah hingga ITE sewaktu mereka menjalani pembelajaran di rumah (HBL).



Mendaki semalam mengumumkan pengarah berikut bersara daripada badan itu: Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah daripada Persekutuan Indian Muslim (FIM), Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum Buang (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Cik Rahayu Mohamad (Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), dan Encik Zahidi Abdul Rahman Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).




PELANTIKAN LEMBAGA PENGARAH MENDAKI



BARU:



1. Cik Hazlina Abdul Halim, daripada Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS)



2. Encik Hirman Mohamed Khamis, daripada Syarikat Guru-Guru Melayu Koperatif Berhad (SGM)



3. Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani, daripada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)



4. Encik Sultan Mohamed Ghouse, daripada Persekutuan Indian Muslim (FIM)



DILANTIK SEMULA



5. Encik Norazlan Ibrahim, daripada Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS)



6. Ustazah Zarina Begam Abdul Razak, daripada Perdaus




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >