Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Maliki: Dian@M³ dekati 65% keluarga flat sewa, beri bantuan miliki flat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMPERKUKUH JAGAAN MASYARAKAT

Maliki: Dian@M³ dekati 65% keluarga flat sewa, beri bantuan miliki flat

Jawatankuasa Pemandu Projek Dian, Kumpulan Operasi dibentuk di M³@Bedok, Geylang Serai dan Jalan Besar bagi permudah sokongan bersepadu bagi keluarga flat sewa
Mar 12, 2022 | 08:47 AM

PROJEK Dian@M³ telah mendekati hampir 65 peratus keluarga Melayu yang tinggal di tiga blok sewa fasa perintis di M³@Bedok, M³@Geylang Serai dan M³@Jalan Besar sejak Disember lalu, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau turut mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pemandu Projek Dian untuk menyelaras usaha antara agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat, dan juga Kumpulan Operasi di setiap tiga bandar itu untuk memahami keadaan dan keperluan setiap keluarga.

Projek Dian@M³ adalah sebuah inisiatif yang bertujuan membantu keluarga yang tinggal di flat sewa meningkatkan pendapatan mereka dan berusaha untuk membeli dan memiliki flat sendiri.

"Kami memperkukuhkan sokongan bersepadu bagi keluarga di flat sewa ini dengan menghubungkan mereka kepada program-program masyarakat dan nasional, termasuk program ComLink oleh MSF, program Uplift oleh MOE dan program KidSTART oleh ECDA, demi melengkapkan usaha pemerintah dengan pendekatan yang sesuai dengan budaya dan nilai masyarakat Melayu," kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).

Bercakap di perbahasan Belanjawan ehwal masyarakat Islam di Parlimen semalam, Dr Maliki berkata Jawatankuasa Pemandu Projek Dian dibentuk untuk memudahkan proses memperkukuh sokongan bersepadu bagi keluarga di flat sewa.

Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan Dr Maliki, terdiri daripada pegawai kanan agensi pemerintah dan masyarakat.

Peranan jawatankuasa itu termasuk mempertingkat penyelarasan, kerjasama dan sinergi dalam kalangan pihak berkepentingan dengan berkongsi maklumat seperti data pentadbiran dan pengetahuan institusi untuk memahami profil keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa.

Ia juga akan membangunkan pangkalan data berpusat untuk merakamkan maklumat tentang keluarga Melayu di flat sewa, supaya dapat memberikan sokongan menyeluruh kepada mereka, umpamanya dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan sokongan sosial.

Selain itu, jawatankuasa tersebut akan membangunkan, mempertingkat dan memperhalusi aliran kerja dan proses untuk menyediakan campur tangan dan sokongan terselaras kepada keluarga, termasuk rujukan kepada program, skim dan khidmat sokongan yang relevan.

Dalam pada itu, Kumpulan Operasi yang ditubuhkan di M³@Bedok, M3@Geylang Serai dan M³@Jalan Besar akan melengkapi dan menyelaras usaha antara agensi yang berbeza.

Setiap kumpulan terdiri daripada pegawai seperti daripada Pejabat Khidmat Sosial (SSO), Pusat Khidmat Keluarga, Pejabat Cawangan HDB dan M³@Bandar.

Anggota setiap kumpulan itu akan menentukan agensi peneraju yang bekerjasama dengan setiap keluarga manakala agensi lain akan menyediakan sokongan terselaras di bahagian belakang.

Ditanya bagaimana kejayaan dan hasil jangka panjang Projek Dian@M³ akan dinilai, Dr Maliki berkata matlamat utama mereka ialah memperkukuh asas pendidikan awal kanak-kanak demi menjamin masa depan lebih cerah bagi mereka, dan mencapai kestabilan keluarga supaya mereka mampu berdikari dan terus mendaki tangga sosial.

"Kami akan memantau perkembangan dan kemajuan setiap keluarga dalam mencapai impian mereka memiliki flat sendiri.

"Kami yakin setiap usaha ini pasti akan membuahkan hasil. Namun, kita semua tahu proses ini akan memakan masa," kata beliau.


Mendaki akan bantu murid dalam matematik sejak peringkat awal sekolah rendah

DUA program M Kuasa Tiga (M³) yang menggalak pelajar dan keluarga berpendapatan rendah mengambil pendekatan lebih proaktif dalam pendidikan telah menunjukkan kesan positif.

Program KelasMateMatika@CC (KMM@CC) berjaya mendekati hampir 1,700 ibu bapa dan lebih 1,800 kanak-kanak tahun lalu, dengan 83 peratus peserta datang daripada keluarga berpendapatan rendah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

"KMM telah menunjukkan kesan positif," kata beliau.

Dr Maliki menambah bahawa lebih 80 peratus pelajar KMM tahun lalu berasa lebih bersedia apabila memasuki darjah satu, tanpa perlu mengikuti Program Sokongan Pembelajaran bagi Matematik.

Sementara itu, program Kelas Siap Sekolah (KSS) mencapai kadar penyertaan 98 peratus pelajar daripada sasaran 100 pelajar tahun lalu.

Ibu bapa turut meraih manfaat daripada program itu, dengan 90 peratus berkata mereka akan menggunakan pendekatan yang dikongsi untuk membimbing anak mereka.

Bercakap di perbahasan Belanjawan ehwal masyarakat Islam di Parlimen semalam, Dr Maliki berkata Yayasan Mendaki juga akan mengukuhkan sokongan bagi pelajar dalam mata pelajaran Matematik di peringkat awal sekolah rendah, dan bukan hanya di darjah enam, yang dilakukan ketika ini.

Bagi pelajar darjah satu hingga tiga yang telah dikenal pasti memerlukan sokongan tambahan, Mendaki akan mengerahkan pembimbing ke rumah mereka untuk mengajar matematik.

Dr Maliki berkata ini bermakna pendekatan lebih intensif dan memerlukan sumber lebih tinggi, namun mereka bersedia menyediakan sumber.

Pembimbing tersebut akan memberi sokongan khusus kepada pelajar itu mengikut rentak pembelajaran mereka, dengan Dr Maliki berkata mereka akur bahawa setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing.

"Kami yakin, kehadiran pembimbing ini akan memberi inspirasi dan memperkasa ibu bapa supaya lebih prihatin mengenai pendidikan anak-anak.

"Langkah-langkah huluan (upstream) ini, mungkin kecil tetapi amat penting bagi membangunkan kemahiran kanak-kanak di peringkat awal and meningkatkan keyakinan diri serta daya tahan mereka.

"Pada jangka panjang, usaha dalam pendidikan awal kanak-kanak akan mempertingkat mobiliti sosial bagi keluarga-keluarga ini, generasi demi generasi," kata beliau.


APA KATA ANGGOTA PARLIMEN

"Sejak penubuhan rangkaian M³ tiga tahun lalu, kita kini berada dalam kedudukan baik untuk memahami bagaimana usaha pelibatan kita dapat diselaras untuk mempertingkat kehidupan masyarakat kita... namun, masih ada penduduk rumah sewa yang menghadapi isu berbilang generasi dan ini menghambat aspirasi mereka mencapai masa depan lebih cerah."
- Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio).


"Jumlah keluarga melayu yang tinggal di rumah sewa sudah diketahui. Kebanyakan keluarga ini juga menyatakan hasrat memiliki rumah sendiri."
- Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang).


"KelasMateMatika (KMM@CC) and KelasSiapSekolah (KSS) berkesan kerana ia bukan bagi anak-anak kita saja, malah ibu bapa mereka. Seorang peserta KMM di Chua Chu Kang memberitahu saya program itu memberinya keyakinan apabila mengajar matematik kepada anaknya. Ini memberangsangkan kerana ramai ibu bapa peserta terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan mungkin tidak berpendidikan tinggi."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).


"Pendidikan awal kanak-kanak dan sokongan baik akan memberi (kanak-kanak) sebuah asas kukuh dan permulaan baik dalam perjalanan pendidikan mereka. Sejak ditubuhkan, agensi-agensi M³ sangat giat menyokong semua usaha untuk memperkukuh institusi keluarga dan pendidikan."
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3