Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki akan terus sokong usaha pertingkat masyarakat: Masagos

Usaha kini diperkukuh dengan rangkaian M KuasaTiga (M³)
Apr 25, 2019 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan terus menyokong program yang bertujuan mempertingkat masyarakat Melayu/Islam di Singapura, yang merupakan antara sebahagian usahanya memupuk sikap pembelajaran sepanjang hayat di sini.



Malah, usahanya itu kini diperkukuh dengan rangkaian M KuasaTiga (M³), yang merapatkan jurang antara khidmat yang ditawarkan Mendaki dengan penduduk, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Pengerusi Mendaki, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Sama ada program itu belum diketahui berkesan, ataupun jika ia baru dan inovatif, Mendaki akan memberikan pendanaan kepadanya... dan jika ia berdaya tahan dan berkesan, Mendaki akan terus menyokongnya," ujar Encik Masagos.



"Inilah proses yang ingin diterapkan dalam pertubuhan Melayu/Islam dan sejak beberapa dekad lalu, ia telah berjalan dengan baik," tambahnya.



Menurutnya, sejak setahun lalu, beliau telah melihat banyak usaha kerjasama antara tiga pertubuhan utama yang membentuk M³ - Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - sesuatu yang wajar diteruskan.



"Selain membantu usaha meraikan ilmu, M³ membantu Mendaki menanam semangat mengejar ilmu dalam masyarakat kita, dari segi usaha mendekati masyarakat melalui jaringan hubungan masjid dan Mesra.



"Sebelum ini, mungkin ada program Mendaki yang kuat dan baik, tetapi mungkin kerana jangkauan yang lebih terhad, kurang dimanfaatkan masyarakat. M³ bertujuan melebarkan jangkauan ini," ujar Encik Masagos.



Dilancar tahun lalu, M³ merupakan rangka kerjasama bagi Mendaki, Muis dan Mesra dan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) lain yang antara lain bertujuan menggunakan kekuatan masing-masing untuk menghulurkan khidmat tertentu kepada masyarakat dengan cara yang lebih berkesan.



Encik Masagos bercakap demikian semasa bertemu media pada akhir sesi dialog dan perkongsian Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) di Wisma Geylang Serai, kelmarin. Sekretariat CLF dikendalikan oleh Mendaki.



Sekitar 100 rakan CLF dan wakil MMO mendengar perkongsian yang dijalankan oleh dua pertubuhan - New Life Stories dan Persatuan Islam Kadayanallur Singapura (SKML) yang mengendalikan program CLF.



Sejak 2014, Dana Pembangunan Masyarakat Melayu Islam (MMCDF) telah diperluas untuk membantu MMO membina keupayaan dan menjalankan program.



Dalam ucapannya pada sesi perkongsian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata secara purata, sekitar $2.2 juta diagihkan menerusi MMCDF kepada MMO yang menjadi rakan CLF setiap tahun, bagi menyokong program mereka.



Tahun lalu, sejumlah 51 projek - yang memberi manfaat kepada 9,300 benefisiari - diluluskan dan dijalankan oleh 69 rakan CLF.



Ini termasuk bagi tujuan sokongan pembangunan yang melibatkan program bagi belia seperti program Youth-in-Action, atau Belia Bertindak, yang mempunyai jumlah projek tertinggi.



"Ia cerminan kesedaran kita bahawa belia membentuk kumpulan demografik paling tinggi dalam masyarakat kita dan kita perlu memperkuat usaha dengan melibatkan mereka," kata Cik Rahayu.



Dalam pada itu, Mendaki juga mengumumkan program perubahan kepimpinan bagi pemimpin MMO yang bertujuan menambah keupayaan mereka mengendalikan pertubuhan masing-masing.



Menurut Cik Rahayu, program itu diadakan bagi memperkukuh kepimpinan kanan dan akan diadakan seiring latihan bagi memperkukuh tadbir urus di MMO. Ini termasuk Kod Tadbir Urus badan kebajikan dan pertubuhan tidak mengambil untung dan perihal percanggahan kepentingan dan pengumpulan dana.



Mengulas tentang program latihan kepimpinan baru itu, Encik Masagos berkata keupayaan kepimpinan 'sangat penting' dalam semua pertubuhan.



"Ia penting bukan sahaja dari segi keupayaan suatu kepimpinan menyampaikan matlamat atau visi dan membimbing pertubuhan, malah dalam menerapkan sikap tadbir urus atau piawaian yang sewajarnya dalam suatu pertubuhan itu.



"Perkara ini begitu penting dalam pertubuhan moden kerana kita tidak boleh bergantung hanya pada keperibadian seseorang pemimpin dan harus mempunyai sistem piawaian yang terus dipupuk dalam setiap pertubuhan," kata Encik Masagos.



Dimulakan pada 2003, CLF bertujuan menghimpunkan Anggota Parlimen, pemimpin masyarakat dan aktivis supaya bekerjasama bagi membina keupayaan dan membantu masyarakat menangai isu-isu yang dihadapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >