Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki, anak syarikat raih lebihan $10j

Jun 23, 2019 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki serta anak syarikatnya, Sense College dan Mendaki Sense, mencatat lebihan sekitar $10 juta secara keseluruhannya tahun lalu.



Ini sedang kumpulan itu meraih pendapatan lebih $42 juta, dan membelanjakan sekitar $33 juta bagi pelbagai program pendidikan dan pembangunan tahun lepas.



Lebihan sekitar $10 juta itu lebih tinggi daripada lebihan sekitar $8 juta yang diraih pada 2017, apabila Mendaki mencatat pendapatan sekitar $42 juta dan perbelanjaan sekitar $34 juta.



Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam berkata lebihan yang diraih tahun ini adalah penting sedang badan bantu diri akan meluaskan programnya di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M3), merangkumi Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Beliau memberi contoh program Maju Minda Matematika (Tiga M) yang memperkasa keluarga dengan kemahiran untuk mengajar matematik kepada kanak-kanak prasekolah.



Program itu kini diluaskan di bawah program KelasMateMatika di Kelab Masyarakat (KMM@CC), yang diadakan di beberapa tempat termasuk Chua Chu Kang, Woodlands dan Pasir Ris.



"Kalau sebelum ini, bilangan pesertanya sekitar ratusan, kini Mendaki akan meluaskan program itu kepada 1,500 keluarga. Untuk melakukannya, kami harus mendekati lebih 4,000 keluarga," ujar Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Yayasan Mendaki, semalam.



"Kami telah mendapati menerusi kajian kami, keluarga yang mengikuti program ini, bukan sahaja meningkatkan hubungan dengan anak mereka, bahkan dengan masyarakat," ujar Encik Masagos.



Ini kerana program tersebut diadakan di kelab masyarakat, dan mendekatkan keluarga itu dengan pelbagai kemudahan dan program masyarakat lain.



Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, pula berkata berdasarkan kumpulan pelajar yang menjalani Tiga M tahun lalu, seramai 90 peratus daripada peserta tidak perlu menjalani Program Sokongan Pembelajaran (LSP) untuk subjek Matematik di darjah satu.



Ini menunjukkan program tersebut berkesan dalam memberi asas yang baik kepada kanak-kanak, kata Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia).



LSP ialah program bantuan di peringkat awal di sekolah bagi murid darjah satu dan dua yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.



Memandang ke depan, rakan kerja M3 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ikatan antara keluarga, memberi sokongan kepada keluarga yang mudah terjejas, serta memperkasa belia.



Sementara itu, pejabat M³ di Wisma Geylang Serai atau M³@WGS, yang berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan bagi masyarakat Melayu/Islam, telah menarik lebih 600 pengunjung sejak dilancarkan awal tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >