Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki buka pusat tuisyen ke-100 di Sekolah Rendah Greendale

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki membuka pusat Program Tuisyen Mendaki (MTP) ke-100 pada Isnin, yang merupakan jumlah pusat tertinggi sejak program tersebut dilancarkan pada 1982.



Pusat terbaru di Sekolah Rendah Greendale, yang terletak di Punggol, telah melancarkan kelas pertama bagi pelajar-pelajarnya semasa majlis perasmian itu.



Semasa lawatannya di sekolah itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, telah berinteraksi bersama beberapa pelajar MTP dan juga tutor program tersebut.



Bercakap kepada pihak media semasa lawatannya, Encik Zaqy berbesar hati lebih banyak sekolah kini tampil ke hadapan untuk bekerjasama dengan Mendaki.



Katanya, dengan pembukaan pusat baru seperti Sekolah Rendah Greendale, ia akan memberi akses tuisyen kepada lebih ramai pelajar di estet perumahan dengan ramai keluarga muda.



"Bagi saya, ini adalah penting kerana kita ingin terus menawarkan pelbagai perkhidmatan yang kita ada kepada masyarakat supaya anak-anak kita tidak perlu melakukan perjalanan jauh ke pusat- pusat kita untuk mendapatkan pendidikan," jelasnya.



"Kita ingin terus menyediakan lebih banyak pusat di kawasan seperti Punggol di mana kita lihat terdapat lebih ramai keluarga muda yang mempunyai anak-anak masih di bangku sekolah," tambahnya.



Daripada 100 pusat MTP Mendaki, 75 merupakan rakan kongsi sekolah.



Pusat-pusat lain terdiri daripada lima agensi masyarakat, sembilan di kelab masyarakat (CC) dan pusat jawatankuasa penduduk (RCC), satu di madrasah, satu di pusat satelit Mendaki, dua di masjid dan tujuh pusat dalam talian.



Sehingga kini, terdapat tujuh pusat MTP di kawasan Punggol.



Turut menghadiri majlis perasmian itu semalam adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Aidaroyani Adam dan Pengetua Sekolah Rendah Greendale, Cik Noorismawaty Sng-Ismail.



Menurut Encik Zaqy, MTP juga telah menyaksikan permintaan yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat.



Tahun ini, lebih daripada 8,000 pelajar telah mendaftarkan diri untuk program MTP.



Jumlah ini meningkat sebanyak 5 peratus berbanding tahun 2022.



Mengulas mengenai kenaikan ini, Encik Zaqy berkata:



"Kami berharap dengan ini kami dapat menjadi rakan kongsi kepada sekolah-sekolah tetapi juga ibu bapa yang memerlukan anak-anak mereka yang memerlukan tuisyen dalam subjek-subjek seperti Inggeris, Matematik dan Sains untuk meningkatkan prestasi anak-anak Melayu kita di peringkat sekolah."



Untuk terus menarik minat lebih ramai sekolah menjadi rakan kongsi Mendaki untuk mengendali pusat MTP di kawasan yang terdapat permintaan yang tinggi, Mendaki akan memberi Anugerah Buku Mendaki kepada sekolah rakan kongsi MTP.



Anugerah bernilai $500 ini bertujuan untuk rakan kongsi sekolah memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran dan memberi motivasi kepada mereka supaya cemerlang untuk mencapai matlamat mereka.



Menurut Mendaki, sebanyak $55,000 telah disediakan untuk Anugerah Buku Mendaki pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >