PENDEKATAN serampang tiga mata telah diambil bagi memastikan golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) kekal relevan dalam landskap ekonomi yang semakin pesat berubah.
Tiga pendekatan itu - meningkatkan rangkaian, kemahiran dan kerjaya - disasarkan bagi golongan PMET baru serta mereka yang terjejas teruk oleh ekonomi dan ingin mengubah haluan kerjaya.