Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki lancar pusat satelit di Choa Chu Kang

Sep 23, 2018 | 02:02 PM



MENDAKI melancarkan pusat satelit ketujuhnya di Choa Chu Kang pagi tadi sebagai sebahagian usaha mendekati dan membantu penduduk di kawasan barat daya.



Dipanggil Mendaki@CCK, pusat itu juga yang pertama menerapkan pendekatan Pembangunan Masyarakat Berasaskan Aset (ABCD).



Di bawah pendekatan itu, setiap penduduk berpeluang menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka untuk membangunkan masyarakat.



Misalnya, guru tarian, Cik Norkhaizadindrawati NengAyu Zulkifli, 33 tahun, yang mempunyai pengalaman menari selama 15 tahun, menawarkan kepakarannya untuk mengadakan kelas tarian zapin di pusat itu.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, yang hadir di majlis pelancaran pusat itu berkata:



"Bagi saya ini satu pendekatan yang baik di mana kita membawa program Mendaki dan juga aset Mendaki ke estet perumahan dan pada masa yang sama juga, menggunakan tenaga dan sukarelawan di estet ini untuk menjalankan program."



Pusat di Blok 813A Choa Chu Kang Ave 7 itu dilancarkan bersama oleh Encik Zaqy; Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) yang juga mayor CDC South West, Cik Low Yen Ling; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >