Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki mampu luas program dengan pesat, lebih dekat pada masyarakat

Zaqy: M³ beri akses, perluas cara badan dekati orang ramai
Aug 21, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki telah mampu meluaskan programnya dengan pesat dan menjadi lebih dekat kepada masyarakat Melayu/Islam dalam beberapa tahun lalu menerusi rangka kerja M Kuasa Tiga (M³), kata Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.



Badan itu juga sedang mengkaji langkah menubuhkan pusat satelit baru di estet perumahan seperti Punggol dan Sengkang untuk mendekati lebih ramai keluarga muda.



Dalam wawancara dengan Berita Minggu, Encik Zaqy berkata M³ - yang menggembleng tenaga Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - telah mengubah dinamik dan cara Mendaki mendekati masyarakat.



Ini dicapai menerusi pusat satelit Mendaki di Jurong, Pasir Ris, Woodlands dan Choa Chu Kang, serta 11 M³@Bandar di serata Singapura.



"M³ telah membolehkan kami untuk meluaskan pendekatan kami. Jika tidak, kami tidak akan dapat berkembang dengan pantas.



"Itulah manfaat M³ bagi Mendaki, ia memberi kami akses. Kami boleh kendali program di mana-mana tempat di Singapura, dan sesiapa juga boleh mendekati Mendaki di tempat-tempat ini," kata Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia).



Beliau memberi contoh program KelasMateMatika (KMM) yang mengajar konsep asas matematik kepada kanak-kanak prasekolah dan melibatkan ibu bapa mereka. Program itu, yang sebelum ini dikenali sebagai MajuMindaMatematika, telah dipertingkat dan dilancarkan di kelab masyarakat dengan sekitar 100 peserta pada 2018.



Sejak itu, lebih 6,500 ibu bapa dan kanak-kanak meraih manfaat daripada KMM sejauh ini, termasuk di M³@Bandar. Tahun lalu sahaja, seramai 3,564 ibu bapa dan kanak-kanak menyertai program tersebut.



Mendaki katanya, terus memantau profil penduduk dan akan mempertimbangkan penubuhan pusat satelit baru di kawasan seperti Punggol dan Sengkang untuk dekati lebih ramai keluarga Melayu.



Namun, beliau akur sedang program seperti KMM diperluas dengan pantas, mutunya perlu dikekalkan.



Mendaki mendapati lebih 80 peratus daripada peserta program di sekolah rendah tidak perlu ikuti program sokongan pembelajaran.



Encik Zaqy berkata banyak program Mendaki yang membentuk teras M³, meliputi bukan sahaja pendidikan, bahkan bimbingan belia, termasuk latihan mentor dan usaha menggilap bakat kepimpinan muda dalam kalangan badan Melayu/Islam (MMO) melalui program Tunas Bersama M³.



M³ juga membantu Mendaki dan badan-badan lain untuk memberi tumpuan kepada beberapa isu dan keprihatinan bagi masyarakat Melayu/Islam, kata Encik Zaqy.



Ini dilakukan menerusi empat bidang tumpuan - perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak; individu dan keluarga rentan; memperkasa dan bimbing belia; serta pekerjaan dan daya kerja.



"Ini merupakan isu strategik melibatkan masyarakat Melayu yang ingin kami tangani.



"Ini membantu Mendaki untuk fokus, dan melihat jangkauan pendidikan, apa lagi struktur yang perlu kami sediakan untuk menyokong masyarakat," ujar Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >