Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Mendaki perluas usaha dekati masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mendaki perluas usaha dekati masyarakat

Pesta pembelajaran diadakan hari ini sempena sambutan ulang tahun Mendaki ke-35
Nov 04, 2017 | 05:30 AM

YAYASAN Mendaki mengadakan Pesta Pembelajaran lebih besar, lebih gah tahun ini selaras dengan usahanya meningkatkan pendekatan kepada masyarakat, terutama kaum bapa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata Pesta Pembelajaran Mendaki yang berlangsung hari ini juga sempena sambutan ulang tahun Mendaki yang ke-35.

Ia diadakan sebagai sebahagian daripada Pesta Pembelajaran Sepanjang Hayat yang merupakan acara tahunan Lifelong Learning Council (LLC).

Mengenai usaha mendekati masyarakat, beliau memerhatikan peratusan kaum bapa yang menyertai kegiatan anjuran Yayasan Mendaki telah meningkat, mencerminkan pelibatan kaum bapa yang lebih tinggi dalam pendidikan dan pembelajaran.

"Jika pada awal 2000 hanya 10 peratus kaum bapa menghadiri bengkel dan kegiatan yang dianjurkan badan bantu diri ini, peratusannya telah meningkat kepada 50 peratus," kata beliau dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini.

Cik Rahayu berkata sepanjang 35 tahun Mendaki wujud, terdapat perubahan positif minda masyarakat yang semakin prihatin dan menitikberatkan pendidikan dan pembelajaran.

"Itu bagi saya adalah satu pencapaian yang paling ketara. Kita dapati lebih ramai menempatkan pendidikan anak mereka sebagai keutamaan," katanya.

Merumuskan pencapaian badan bantu diri itu, Cik Rahayu berkata jumlah pelajar yang mengikuti program tuisyen Mendaki juga meningkat sekitar 10,000 pelajar setiap tahun sejak 2012.

"Kita dapat lihat kejayaan yang dicatat oleh para pelajar kita terus meningkat dan dalam pelbagai bidang. Pencapaian dalam bidang bukan akademik turut membanggakan.

"Bagi Mendaki, inilah pencapaian yang paling membanggakan - melihat anak Melayu/Islam terus meraih kejayaan dan melihat transformasi masyarakat kita yang semakin menitikberatkan pendidikan," kata Cik Rahayu

Memandang ke depan, beliau menggariskan beberapa keutamaan Mendaki, mengambil kira perubahan landskap ekonomi yang kian tidak menentu.

"Kami akan terus meningkatkan usaha menyebarkan mesej peri penting pembelajaran sepanjang hayat, terutama dalam persediaan awal untuk sekolah, persiapan menghadapi masa depan dan pada masa yang sama akan terus memperkukuh program sedia ada," ujarnya.

Mengenai kemajuan yang diharapkan bagi Mendaki 35 tahun akan datang, Cik Rahayu berkata:

"Yang lebih penting bagi saya ialah kedudukan masyarakat kita 35 tahun dari sekarang. Saya gambarkan masyarakat kita berganding bahu bersama masyarakat lain, sama-sama membangunkan Singapura dengan megahnya.

"Jika pada awal pembentukan Mendaki kita berusaha merubah minda masyarakat agar menjadikan pendidikan sebagai tumpuan utama keluarga, kini kami mahu meningkatkan usaha ini dengan mengajak masyarakat membudayakan pula pembelajaran sepanjang hayat."

Laporan lanjut: Masyarakat diajak bersama belajar kemahiran baru

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3