Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Mendaki rintis program Kelas Siap Sekolah

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan merintis satu program prasekolah baru dalam usaha mempertingkatkan rangka kerja pendidikan pra sekolah.



Program bernama Kelas Siap Sekolah (KSS) akan diperkenalkan pada Mei nanti, umum Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki.



Encik Zaqy menjelaskan program berkenaan akan saling melengkapi KelasMateMatika@CC (KMM@CC) yang dilancarkan pada 2018 dalam menggalak ibu bapa lebih terlibat dalam pembangunan awal anak-anak mereka.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Zaqy berkata:



"Kanak-kanak yang berjaya tamatkan program KMM@CC akan layak menyertai KSS.



"Ia menggabungkan pemikiran pengiraan, konsep matematik, kemahiran membaca dan menulis serta pembelajaran di luar kelas dan bercerita.



"Ini akan membantu membangunkan kemahiran kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah justeru meningkatkan persediaan mereka untuk darjah satu."



Menjawab persoalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang penyesuaian yang dibuat Mendaki dalam menyediakan sokongan berterusan kepada belia dan kanak-kanak semasa Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi, Encik Zaqy berkata, pandemik Covid-19 juga telah mempercepatkan penggunaan digital, termasuk mengubah cara kita belajar dan mengajar.



Lantaran itu, Mendaki telah mengendalikan kelas Skim Tuisyen Mendaki (MTS) secara dalam talian.



"M³ telah memperkenalkan eKMM@CC kepada kanak-kanak pra sekolah supaya ibu bapa dan anak-anak boleh meneruskan pembelajaran dalam talian dari rumah.



"Secara keseluruhan, KMM dan eKMM kini telah dimanfaatkan 2,200 ibu bapa dan kanak-kanak.



"Cara pembelajaran ini akan diteruskan tahun ini, selaras dengan keadaan langkah pengurusan selamat Covid-19," ujar Encik Zaqy.



Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa Mendaki Sense telah menawarkan sekitar 200 tempat latihan setiap bulan dalam bidang berkaitan digital sejak Ogos tahun lalu.



Ini termasuk mengendalikan lebih banyak kursus digital untuk semua warga emas melalui Akademi Warga Emas Nasional sejak Fasa Dua pembukaan semula ekonomi.



Encik Zaqy berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berkenaan usaha untuk meningkatkan kepakaran dalam ekonomi mesra alam dan pendigitalan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, agar pekerja matang, terutama mereka yang bekerja dalam industri yang mundur, kekal relevan.



"Kursus-kursus digital Mendaki Sense dapat memperkasa pekerja matang untuk merebut peluang pekerjaan yang kini lebih memerlukan penggunaan alat dan sistem digital.



"Ia juga meningkat daya saing pekerja matang dalam suasana ekonomi masa kini," kata beliau.



Tambah Encik Zaqy, Mendaki Sense juga sedang mengenal pasti kursus-kursus yang diiktiraf Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), yang boleh dijalankan dalam bahasa Melayu.



Mengenai peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran yang ditawarkan ekonomi mesra alam, beliau menjelaskan bahawa Mendaki Sense akan mengendalikan sesi perkongsian pada suku kedua 2021.



Katanya, beberapa sesi perbincangan siri "Masa Depan.." telah dianjurkan buat pelbagai golongan pelajar, dengan antara industri yang disorot termasuk industri yang berkembang pesat seperti teknologi pertanian, kejuruteraan, kecerdasan buatan dan analitik data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >