Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MENDAKI

Mendaki salur $37 juta sokong pendidikan masyarakat

Usaha manfaat lebih 73,000 benifisiari
Jun 12, 2016 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki membelanjakan $37 juta untuk menyokong pembangunan masyarakat Melayu/Islam menerusi pendidikan bagi tahun kewangan 2015.



Usaha itu telah memanfaatkan lebih 73,000 benefisiari.



Dalam pada itu, Mendaki juga melihat peningkatan sumbangan daripada penderma individu dan korporat sebanyak 60 peratus.



Buat pertama kali sejak 2013, ia mencatat lebihan kewangan $1.46 juta.



Demikian didedahkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga pengerusi Mendaki, pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Mendaki ke-27 di Wisma Mendaki semalam.



Beliau berkata Mendaki telah menyelaraskan program-programnya dengan lebih baik, sekali gus mengurangkan pengulangan dan meningkatkan lebihan kewangan meskipun berjaya mendekati lebih ramai anggota masyarakat tahun lalu.



"Jumlah sumbangan yang meningkat daripada penderma individu serta korporat menunjukkan objektif Mendaki selaras dengan objektif mereka.



"Ia satu mesej yang baik kepada masyakarat bahawa apa yang dilakukan diterima oleh individu serta korporat ini," katanya yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Keselamatan Siber.



Dr Yaacob menambah bahawa Mendaki akan terus fokus kepada pendidikan melalui tiga cabang utama - 'School Ready' bagi kanak-kanak berusia sehingga enam tahun; 'Perform in School' bagi pelajar daripada tujuh hingga 17 tahun; dan 'Future Ready' yang selaras dengan inisiatif SkillsFuture bagi golongan pascamenengah dan pekerja.



"Mendaki telah berjaya mendekati seramai 14,000 individu menerusi enam pusat satelitnya. Ada rancangan untuk teruskan pendekatan ini untuk menjangkau lebih ramai anggota masyarakat dengan pembinaan pusat satelit ketujuh di kawasan barat.



"Kami dapati ada ramai keluarga berpendapatan rendah di sana," kata Dr Yaacob.



Seterusnya, ada juga rancangan memulakan ruang belia di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dan Kolej Barat seperti yang berjaya dikendalikan di ITE Kolej Central.



Ruang belia di ITE Kolej Timur itu akan dikendalikan oleh Mendaki dan dijangka siap pada suku ketiga tahun ini. Butiran mengenai ruang di ITE Kolej Barat pula masih dalam perbincangan.



Dalam pada itu, AGM semalam juga menyaksikan pemilihan enam anggota lembaga pengarah baru dengan tiga daripadanya muka baru.



Tiga pengarah baru ialah Encik Esfan Rizal Rahwom daripada Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM); Encik Halil Haji Mansor, Setiausaha Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM); dan Haji Mohamed Yunos Mohamed Shariff, Timbalan Presiden II Jamiyah.



Tiga pengarah yang dilantik semula ialah Encik Abdul Jalil Muhammad Tahir daripada Persatuan Darul Arqam Singapura; Encik Arzami Salim, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura; dan Dr Muhammad Fadzli Hassan daripada Pertapis.



Mereka akan berkhidmat bagi penggal 2016-2018 dan menyertai anggota pengarah lain yang akan terus berkhidmat selama penggal 2014-2016.



Mendaki turut memberikan penghargaan kepada pengarah yang mengundurkan diri iaitu Encik Ismail Pantek dari LBKM; Encik Mohamed Ismail Abdul Hakim dari 4PM; dan Ustaz Sayid Shufyan Jasin Amin Sahib daripada Persatuan Muhammadiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >