Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki salur keluarga pesalah kepada bantuan tepat

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA keluarga banduan dan bekas banduan di Singapura boleh menjangkakan program keilmuan Keluarga Akrab (FEC) yang dipertingkat bersama Yayasan Mendaki tahun ini.



Dalam wawancara dengan Berita Harian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki Zulaiha Yusuf berkata peningkatan FEC dirancang supaya lebih ramai peserta boleh mendapatkan bantuan tepat.



Hal ini kerana lingkungan peribadi keluarga berkenaan mungkin memberi nasihat yang kurang tepat, misalnya tentang isu kewangan dan pendidikan prasekolah.



"Apabila suami atau isteri peserta dipenjara, mereka tiba-tiba menjadi pencari nafkah utama. Mereka rasa tidak berupaya. Justeru kami mahu mereka mendapatkan nasihat yang tepat.



"Perkara ini dinamakan modal sosial. Dalam lingkungan peribadi, mereka mungkin meraih nasihat kurang tepat. Mereka juga malu mahu dapatkan bantuan.



"Di FEC, semua peserta berada dalam situasi serupa sekali gus lebih terbuka berkongsi pengalaman dan belajar daripada satu sama lain," ujar Cik Zulaiha.



Menurut kenyataan Mendaki, FEC memberikan sokongan keilmuan kepada banduan, bekas banduan dan keluarga mereka.



FEC dikategorikan di bawah bidang tumpuan (FA) kedua pertubuhan M Kuasa Tiga (M³) yakni membantu keluarga dan individu berisiko (FA2).



FA2 dipimpin Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Pada 19 Disember tahun lalu, FEC menyaksikan kohort keduanya tamat menjalani program itu di Woodlands Square.



Bersandarkan maklum balas peserta, Cik Zulaiha berkata Mendaki akan memperbaiki FEC menerusi empat cara - penambahan jumlah sesi; pengembangan program di M³@Woodlands dan ke M³@ Jurong; penelitian semula isi kandungan program bersama pakar; dan jalinan kerjasama dengan agensi negara lain untuk menyediakan sokongan lebih menyeluruh.



Antara peserta kohort pertama FEC ialah guru prasekolah, Cik Noraishah Haizen, 38 tahun. Kohort pertama dimulakan pada Jun 2019.



Ibu dua anak berusia empat dan 10 tahun itu berkata beliau meraih kemahiran dan ilmu hasil perbincangan dalam sesi FEC.



Suaminya, Encik Saffie Ahmat, 49 tahun, merupakan bekas pesalah bentan yang sudah menjalani lapan hukuman penjara ekoran penyalahgunaan heroin.



"Di FEC, kami berusaha mengatasi masalah bersama. Sentiasa fikir bahawa kita tidak sendirian. Cari sumber bantuan yang betul dan jangan putus asa," ujar Cik Noraishah.



Laporan lanjut: Perkasa keluarga dengan ilmu




"Apabila suami atau isteri peserta dipenjara, mereka tiba-tiba menjadi pencari nafkah utama. Mereka rasa tidak berupaya. Justeru kami mahu mereka mendapatkan nasihat yang tepat. Perkara ini dinamakan modal sosial. Dalam lingkungan peribadi, mereka mungkin meraih nasihat kurang tepat. Mereka juga malu mahu dapatkan bantuan."
- Cik Zulaiha Yusuf, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >