Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki sedia peluang pelajar ikuti sesi simulator kenali bidang penerbangan

Hasil kerjasama dengan kesatuan juruterbang, firma penerbangan; Masagos hargai karyawan penerbangan Muslim bantu anak Melayu berjaya
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai pelajar akan dapat mengalami peranan berbeza dalam bidang penerbangan menerusi sesi simulator penerbangan percuma di bawah kerjasama Yayasan Mendaki dengan industri penerbangan.



Mendaki dan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan - Singapura (Alpa-S) dengan sokongan Aeroviation Pte Ltd memberi peluang itu bagi pelajar sekolah mene-ngah, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Aeroviation, di Ubi Road, menyediakan empat stesen simulator bagi pelajar mencuba dan memahami lebih lanjut berkaitan industri penerbangan.



Sejak kerjasama antara Aeroviation dan Mendaki Jun tahun lalu, 45 pelajar telah diberi peluang meneroka simulator, untuk mengetahui peranan industri penerbangan melalui simulator Kawalan Trafik Udara (ATC), pengalaman kokpit realiti maya (VR) dan dua simulator penerbangan.



Berita Harian difahamkan kos setiap ialah $250 bagi setiap pasangan.



Tujuh lagi pelajar mengikuti sesi simulator itu semalam. Turut hadir pada sesi semalam ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga pengerusi Mendaki.



"Kami bersyukur kerana ramai karyawan Muslim tampil untuk menghulurkan tangan dan saya teruja juruterbang kita telah berkumpul untuk sama-sama menyumbang untuk meningkatkan lagi taraf kejayaan anak-anak Melayu kita.



"Mereka berusaha memberi inspirasi kepada pelajar dan membimbing cara menceburi bidang penerbangan. Ini agar mereka lebih jelas apa yang perlu dicapai untuk berjaya menjawat jawatan juruterbang," ujar Encik Masagos kepada media.



Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zulaiha Yusuf, yang turut hadir semalam, antara matlamat Mendaki ialah mencari peluang kerjasama dengan pertubuhan komersial dan persatuan karyawan profesional untuk mengenalkan bidang pekerjaan bukan konvensional kepada ibu bapa serta pelajar.



"Kerjasama Mendaki yang diterokai dengan Alpa-S dan Aeroviation ialah untuk memperkenal pelajar kita kepada aeroangkasa.



"Alhamdulillah respons sejauh ini amat memberangsangkan dan kami juga mempunyai barisan pelajar yang menanti giliran mereka untuk peluang ini," ujar Cik Zulaiha.



Naib presiden Alpa-S, Kapten Jaffar Hassan, berkata kerjasama dengan Mendaki ini adalah langkah pertama bagi juruterbang kesatuan itu menyumbang kembali kepada masyarakat, dan ia merancang menjangkau kepada kaum lain juga.



Antara pelajar yang menyertai sesi semalam ialah Alya Qystyna Batrisyia Abdul Rahman, seorang pelajar Skim Tuisyen Mendaki.



"Sesi ini membantu saya memahami lebih mengenai bidang penerbangan. Menerusi sesi ini, saya dapat pelajari pelbagai aspek kerjaya dalam bidang ini dan bukan setakat cara menjadi juruterbang," ujar pelajar berusia 16 tahun itu, yang lebih minat operasi ATC menerusi simulator yang tersedia.



Ibunya, Cik Rosnita Parmin, 47 tahun, berkata inisiatif itu satu peluang keemasan bagi anaknya meneroka pilihan kerjaya pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >