Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki Sense bimbing PME daripada keluarga gaji kecil

Feb 13, 2014 | 06:18 PM



SEBUAH program mentor baru demi membantu golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) Melayu/Islam telah dilancarkan pagi tadi.


Program kendalian Mendaki Sense itu, yang dipanggil Program Peningkatan Kerjaya - Temasek Cares, telah dilancarkan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, di Kolej Mendaki Sense di Tampines Central.


Program itu bertujuan membantu golongan PME daripada keluarga berpendapatan rendah yang baru saja naik pangkat, diberi tanggungjawab baru di tempat tugas atau baru bertukar kerjaya.


Peserta program itu berpeluang menjalani kursus-kursus kemahiran selain melalui sesi perkongsian bersama seorang mentor.


Temasek Cares telah membiayai $425,000 bagi program perintis itu selama dua tahun.


Sejak dibuka pada Oktober lalu, program itu telah berjaya menarik seramai 31 mentee dan 20 mentor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >