Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Mendaki Sense buka pejabat baru di Changi Road

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mendaki Sense buka pejabat baru di Changi Road

Sep 30, 2014 | 07:18 PM

MASYARAKAT Melayu/Islam boleh menjangka lebih banyak ruang menjalani latihan meningkatkan kemahiran dengan pelancaran ibu pejabat baru Mendaki Sense di Changi Road.

Semasa melancarkannya hari ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (gambar), berkata Mendaki Sense terus memainkan peranan penting memupuk semangat belajar sepanjang hayat dalam masyarakat sedang ekonomi sentiasa berubah.

"Kelayakan kertas dan kemahiran yang membantu kita mendapat pekerjaan selepas sekolah tidak lagi cukup untuk membantu kita maju.

"Jika kita ingin kekal aktif dari segi ekonomi, relevan dan berdaya saing, kita mesti menjadi masyarakat pelajar sepanjang hayat," ujar Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan serta pengerusi Yayasan Mendaki.

Beliau berkata demikian ketika berucap di pelancaran pejabat baru Mendaki Sense, cabang latihan Yayasan Mendaki, itu di bangunan Wis@Changi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3