Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Mendaki, SPH Media meterai MOU; bangunkan laman sumber pendidikan, keibubapaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mendaki, SPH Media meterai MOU; bangunkan laman sumber pendidikan, keibubapaan

Aug 31, 2022 | 05:30 AM

SATU Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani semalam antara Yayasan Mendaki dengan SPH Media untuk membangunkan laman mikro sehenti menerusi platform digital Berita Harian (BH) bagi menawarkan bahan dan sumber pendidikan serta keibubapaan kepada masyarakat Melayu/Islam.

Memberi komitmen kepada kerjasama itu, MOU tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, dan Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman.

Majlis yang diadakan di auditorium pusat berita SPH Media itu turut disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.

Menerusi laman mikro tersebut, ibu bapa dan pelajar akan dapat mengakses pelbagai sumber seperti kertas peperiksaan, kertas latihan, tip pendidikan dan keibubapaan serta kisah berinspirasi berkenaan perjalanan ibu bapa serta pelajar dalam memburu pendidikan dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat.

Mereka juga boleh membaca laporan dan rencana yang dihasilkan akhbar BH.

Laman mikro tersebut dijangka dilancarkan dalam dua fasa, dengan yang pertama pada bulan depan.

Encik Zaqy berkata usaha ini akan memperkukuh kerjasama antara Mendaki dengan SPH Media.

Yang penting, kerjasama tersebut membolehkan lebih banyak akses untuk disediakan kepada kandungan, cerapan mahupun kemahiran yang boleh menyumbang kepada kemajuan selanjutnya masyarakat, ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3