Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki terbit buku panduan bimbing mentor sokong menti

Oct 24, 2021 | 05:28 PM



SATU buku panduan yang mengandungi pelbagai teknik dan sumber untuk membimbing mentor menyokong menti telah dilancarkan Yayasan Mendaki.



Dikenali sebagai buku Panduan Mentor atau ‘Mentor Manual’, berjudul ‘The Gift of Mentoring: A Guide for Mentors, ia bertujuan untuk mendekati menti dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik selain melengkapi mentor dengan pengetahuan berhubung sumber masyarakat bagi menjalin hubungan dengan menti mereka.



Buku panduan tersebut melengkapi latihan Pementoran Berpusatkan Bakat (GCM) yang merupakan latihan wajib bagi semua mentor sebelum diberikan menti, kata Mendaki dalam satu kenyataan pada Ahad (24 Okt).



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Rahayu Mahzam yang juga Pengerusi bagi Bidang Fokus 3 M³ telah melancarkan buku panduan tersebut semasa Amalan Masyarakat (COP) Pejabat Pementoran Belia Yayasan Mendaki pada Sabtu (23 Okt).



Acara tersebut yang diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat secara hibrid, lebih 20 mentor telah menghadiri sesi tersebut manakala lagi 50 menyaksikannya melalui wadah dalam talian, Zoom.



“Belia kami memainkan peranan yang penting bagi masa depan Singapura dan masyarakat Melayu/Islam kita.



“Kita mahu menyokong belia kita dan membangunkan kekuatan serta keupayaan mereka melalui program memperkasa mereka dan menawarkan sumber yang baik agar mereka lebih bersedia dalam perjalanan mereka menjadi mentor,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >