Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki tumpu empat strategi utama bagi persiap masyarakat hadapi masa depan

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki sedang membina kecekapan dan keupayaan dalam empat strategi utama sebagai sebahagian daripada usahanya mempersiapkan masyarakat Melayu/Islam menghadapi masa depan.



Menyatakan demikian, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata badan bantu diri itu sedang berusaha memperkasa ibu bapa menjadi guru, pengasuh dan rakan pertama anak-anak mereka.



Ini selain mempersiapkan kanak-kanak dan belia sentiasa bersedia dan berdaya tahan.



Ia juga akan memperkasa tenaga kerja Melayu/Islam agar dapat menjadi berdaya usaha, terhubung, dapat menyesuaikan diri dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat.



Mendaki juga akan mempertingkat keupayaan pertubuhannya untuk mencapai kecemerlangan.



"Sedang kita berusaha ke arah membina sebuah masyarakat yang berjaya, adalah penting bagi masyarakat kita mengambil tindakan dan mempersiapkan diri kita untuk masa depan dalam dunia yang penuh dengan ketidakpastian.



"Oleh itu, kita mesti mempunyai visi yang jelas, tegas dalam rancangan kita dan teguh dalam usaha kita, tetapi tetap tabah dan fleksibel serta tangkas untuk menghadapi sebarang gangguan dalam perjalanan kita," kata Encik Zaqy.



Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mendaki yang diadakan Sabtu lalu, badan bantu diri itu menyatakan ia telah membelanjakan $29.3 juta untuk menyokong pembangunan masyarakat menerusi pelbagai program tahun lalu.



Program tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 73,000 benefisiari - 4 peratus lebih tinggi berbanding hampir 70,000 benefisiari pada 2020.



Antaranya, seramai 3,564 ibu bapa dan kanak-kanak menyertai KelasMateMatika (KMM) tahun lalu, berbanding 785 peserta pada 2020.



KMM, sebuah program utama di bawah kerjasama M Kuasa Tiga (M3), melengkapi ibu bapa dengan kemahiran membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran konsep celik angka asas dan menggalak mereka agar lebih terlibat dalam pendidikan awal anak-anak mereka.



Dalam usaha membantu masyarakat dalam soal pekerjaan dan pembangunan kerjaya, Mendaki telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama SkillsFuture Singapore (SSG) pada Oktober tahun lalu.



Mendaki juga telah menandatangani MOU bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Februari lalu untuk menggalak lebih ramai pekerja Melayu/Islam menyertai program pekerjaan dan daya kerja nasional dan menempatkan mereka dalam industri pertumbuhan.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan di Facebook semalam menyusuli AGM Mendaki itu, berkata masyarakat Melayu/Islam terus menunjukkan peningkatan yang baik dan kemajuan yang membanggakan dalam bidang pendidikan.



Namun, masyarakat juga harus peka bahawa dunia sedang berkembang pesat, dan digalakkan mempunyai sifat ingin sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan.



"Sedang dunia dan negara bergerak ke arah pemulihan, Mendaki bersedia untuk meningkatkan sokongan kepada masyarakat Melayu/ Islam dalam pendidikan, peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.



"Mendaki akan terus menyemak dan mempertingkatkan program kami untuk memastikan keberkesanannya.



"Dalam usaha membina sebuah Masyarakat Gemilang, sebaik-baiknya masyarakat kita ambil langkah-langkah sesuai dan berusaha untuk memastikan kita tidak lapuk dek zaman dan kekal relevan supaya dapat terus maju dalam dunia yang tidak menentu dan kian mencabar," kata beliau, yang juga merupakan pengerusi Mendaki.



LAPORAN SELANJUTNYA: Peserta program KelasMateMatika lebih bersedia masuk sekolah rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >