Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendiang diberi pengebumian tentera

Nov 06, 2018 | 04:13 PM



RATUSAN orang termasuk anggota keluarga, rakan-rakan, kakitangan tentera dan orang yang tidak dikenal, berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir mereka kepada Koperal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, yang meninggal dunia semasa satu sesi latihan minggu lalu.



Anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) berusia 22 tahun itu telah diberi pengebumian tentera hari ini (6 November).



Beliau juga telah diberi pengiktirafan posthumus menyusuli tragedi itu.



Keluarga CFC Liu kelihatan sangat emosi apabila kereta jenazah yang membawa kerandanya mula bertolak ke Krematorium Mandai.



Ibunya, yang terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga, meratapi dan berulang kali berkata dalam bahasa Mandarin: “Liu Kai Saya.”



CFC Liu, seorang pengendali pengangkutan dari Hab Pengangkutan Barat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sedang mengambil bahagian dalam sesi latihan di kawasan latihan Jalan Murai pada Sabtu lalu dan berada di dalam Land Rover apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan berperisai Bionix yang sedang berundur.



Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya itu oleh pegawai perubatan kira-kira 25 minit kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >