Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

"Mendiang Lee penghormatan besar dalam hidup saya"

Mar 24, 2015 | 06:44 PM



MENJADI salah seorang rakan karib mendiang Encik Lee Kuan Yew dianggap sebagai 'penghormatan besar dalam kehidupan saya'.


Demikian luahan mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Henry A. Kissinger dalam penghormatannya kepada mendiang Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew.


Ia diluahkan menerusi satu eulogi yang disiarkan dalam Washington Post.


Encik Kissinger yang merupakan setiausaha negara Amerika antara 1973 dengan 1977 merupakan rakan karib mendiang Encik Lee - sesuatu yang dianggap Encik Kissinger, 91 tahun, sebagai penghormatan besar dalam kehidupannya.


Encik Kissinger memetik langkah mendiang Encik Lee 'meninggalkan' Malaya untuk membentuk sebuah negara sendiri sebagai pilihan yang mencerminkan keyakinan mendalam di kalangan rakyatnya.


"Beliau menekankan bahawa sebuah bandar yang terletak di atas sebuah tanah tanpa sebarang sumber ekonomi dan tiada lagi pangkalan laut penjajah, mampu maju dan mencapai kedudukan antarabangsa berlandaskan aset utama: kebijaksanaan, industri dan dedikasi rakyatnya," kata beliau.


Mengenai peranan mendiang Encik Lee dalam pembangunan Singapura, Encik Kissinger menulis:


"Seorang pemimpin hebat membentuk rakyatnya daripada satu tahap ke satu tahap berbeza yang belum pernah dikecapi - ke tahap yang belum pernah dibayangkan.


"Dalam satu generasi Singapura menjadi sebuah pusat kewangan antarabangsa, metropolis intelektual utama di Asia Tenggara, lokasi bagi hospita-hospital utama di rantau tersebut dan tempat paling digemari untuk persidangan mengenai hal ehwal antarabangsa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >