Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendiang Lee tokoh penting dalam hubungan China-S'pura

Mar 23, 2015 | 12:06 PM



MANTAN Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew, merupakan tokoh penting dalam membina hubungan yang utuh antara China dengan Singapura.


Demikian ditukil jurucakap Kementerian Ehwal Luar China, Encik Hong Lei, yang menyifatkan Encik Lee sebagai pemimpin Asia yang mempunyai pengaruh unik.


"Encik Lee merupakan ahli strategi yang memiliki sistem nilai ketimuran dan perspektif antarabangsa.


"Beliau juga merupakan pengasas dan individu penting dalam hubungan China-Singapura, memajukan kerjasama dua hala yang saling memanfaatkan selain sumbangan bersejarah kepada penubuhan dan pembangunan hubungan dua hala," ujar Encik Hong.


Beliau turut menambah China melahirkan rasa dukacitanya terhadap pemergian Encik Lee dan mengucapkan takziah kepada pemerintah Singapura, rakyat Singapura dan keluarga mendiang Lee.


Kali pertama Encik Lee melawat China ialah pada 1976.


Beliau mula memperkukuh hubungan dengan mendiang Encik Deng Xiaoping selepas pemimpin China itu melawat Singapura pada 1978.


Kededua pemimpin menyifatkan satu sama lain sebagai pemimpin berwawasan yang mengambil pendekatan pragmatik dalam pemerintahan negara.


Hubungan dua hala terus kukuh pada 1992 selepas Deng menjadikan Singapura sebagai model pembangunan China, sekali gus membuka laluan untuk kededua negara bekerjasama bagi Taman Perusahaan Suzhou pada 1994.


Ini kemudian diikuti dengan satu lagi projek bandar Eko Tianjin pada 2008.


Singapura dan China meraikan ulang tahun hubungan dua hala yang ke-25 tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >