Mengabadi bakti lima dekad NS

Sambutan ulang tahun ke-50 Perkhidmatan Negara (NS) mencapai kemuncaknya kelmarin dalam majlis jamuan malam di Pentas Terapung Marina Bay. Dalam ucapannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa pentas tersebut akan dijadikan pentas tetap dan dinamakan semula sebagai NS Square. Penamaan itu tanda penghormatan kepada NS dan pengorbanan anggotanya yang mempertahan keamanan dan keselamatan negara. Pentas yang boleh menampung sekitar 27,000 penonton itu akan diperluas dan dijadikan lokasi utama Perbarisan Hari Kebangsaan serta kegiatan kemasyarakatan lain. Sehubungan itu, galeri pameran tetap 'Galeri NS', yang menunjukkan perkembangan NS sejak 1967, akan dibina di sana. Setakat ini, sudah lebih sejuta lelaki Singapura menjalani NS di bawah Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Promosi Masa Terhad Hari Raya

Berita Harian

Atau langgani sekarang untuk menerima salah satu daripada hadiah menarik ini

bernilai sehingga $179