Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengabadikan Kompleks Golden Mile

Keputusan diambil setahun selepas URA buat cadangan
Nov 01, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN Kompleks Golden Mile, yang menyerupai mesin taip, telah diputuskan untuk dipulihara.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, minggu lalu mengumumkan bahawa bangunan 16 tingkat itu telah diwartakan sebagai bangunan yang akan dipulihara, setahun selepas Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mencadangkan untuk berbuat demikian.



Untuk mengatasi keprihatinan pemilik bangunan bahawa pemuliharaan mungkin mempengaruhi penjualan kolektif, URA akan menawarkan pakej insentif untuk membuat pilihan pembangunan bagi kawasan itu menjadi lebih menarik bagi bakal pembeli, lapor The Straits Times.



Dalam rakaman video yang disiarkan di laman Facebook, Encik Lee berkata Kompleks Golden Mile - yang diselesaikan pada 1973 - adalah pembangunan moden berskala besar, hak milik strata pertama yang dipulihara di Singapura.



Keputusan ini tidak dipandang ringan, tambahnya.



Beliau mengakui bahawa sesetengah pemilik mungkin melihat pemuliharaan sebagai kekangan, dan berkata pemilik telah merancang untuk jualan kolektif, dengan sesetengahnya berhasrat untuk menggunakan hasilnya untuk membiayai persaraan mereka.



Oleh itu, URA telah berusaha untuk memastikan pemuliharaan itu tidak akan menjejas usaha penjualan kolektif, dengan menawarkan insentif bagi pembeli berpotensi untuk memberi nafas baru kepada bangunan tersebut.



"Potensi pembangunan tempat itu akan meningkat dengan pemuliharaan," kata Encik Lee.



Insentif itu termasuk membenarkan pemaju membina blok baru sekitar 30 tingkat di sebelah bangunan pemuliharaan utama.



Kawasan itu juga boleh diluaskan untuk menggabungkannya dengan tanah pemerintah untuk reka bentuk yang fleksibel, sementara insentif cukai akan diberikan untuk mengurangkan kos pembangunan.



Pajakan juga dapat diperbaharui sehingga 99 tahun, bergantung kepada persetujuan pihak berkuasa.



Encik Lee berkata bahawa pakej insentif itu unik untuk Kompleks Golden Mile, yang digambarkan sebagai "salah satu contoh terbaik dari gaya seni bina 'Brutalist', yang memilih pembinaan minimalis daripada reka bentuk hiasan".



Dalam satu kenyataan, URA menambah bahawa pakej itu direka berdasarkan ciri kawasan tersebut, termasuk "kedudukan luar biasa sebagai mercu tanda yang jarang ditemui dan ikonik dari tahun-tahun awal pembinaan negara pasca perang.''



"Kami berharap pemaju akan menimbangkan potensi kawasan ini, di samping visi kami untuk memberi nafas baru kepada ikon negara ini," kata Encik Lee.



Beliau memuji bangunan itu, yang dibina pada tahun 1970-an dan dilakarkan oleh arkitek tempatan Gan Eng Oon, William Lim dan Tay Kheng Soon, kerana berani dan berwawasan pada waktu itu.



"Ini mencabar pandangan konvensional di Singapura dan di seluruh dunia, seperti rupa kehidupan bandar moden, disesuaikan dengan persekitaran tropika kita," katanya.



Dalam cadangannya tahun lalu, URA berkata Singapura setakat ini telah melakukan pemuliharaan bagi lebih 7,200 bangunan, dengan kebanyakannya berasal dari zaman kolonial.



Dengan pemuliharaannya, Kompleks Golden Mile akan menjadi salah satu daripada beberapa bangunan warisan pasca kemerdekaan lain seperti Dewan Persidangan Singapura dan Jurong Town Hall untuk dilindungi secara sah.



Presiden Majlis Antarabangsa bagi Monumen dan Tapak Warisan (Icomos) Singapura, Encik Yeo Kang Shua, menyifatkan keputusan pemuliharaan itu sebagai satu kejayaan penting.



"Insentif yang belum pernah diberikan sebelum ini menunjukkan bahawa negara ini memiliki kehendak politik untuk mengimbangi kekuatan pasaran dalam mendorong keputusan itu," kata Profesor Madya Yeo, sejarawan seni bina di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).



Beliau berharap insentif yang ditawarkan dapat membantu kedua-dua, pemaju dan pemilik bangunan, melihat bangunan warisan yang mempunyai potensi kewangan dan bukannya liabiliti kerana perlu mematuhi garis panduan warisan semasa pembangunan semula.



INFOGRAFIK: Pemuliharaan mercu tanda




"Insentif yang belum pernah diberikan sebelum ini menunjukkan bahawa negara ini memiliki kehendak politik untuk mengimbangi kekuatan pasaran dalam mendorong keputusan itu.''
- Presiden Majlis Antarabangsa bagi Monumen dan Tapak Warisan (Icomos) Singapura, Profesor Madya Yeo Kang Shua, yang menyifatkan pemuliharaan itu sebagai satu kejayaan penting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >