Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengaku salah 11 tuduhan rekrut wanita bagi pelacuran, seludup kanak-kanak

Jun 21, 2016 | 05:30 AM



ATLIT kurang upaya nasional Adam Kamis (gambar) mengaku bersalah semalam terhadap 11 tuduhan merekrut wanita bagi pelacuran dan satu tuduhan menyeludup kanak-kanak kerana merekrut seorang gadis berusia 16 tahun dengan niat mengeksploitasi secara seksual.



Adam, yang juga dikenali sebagai "Adam OneArmRunner", kehilangan tangan kanan dalam kemalangan motosikal yang juga menyebabkan lengan kirinya lumpuh.



Atlit kurang upaya yang mewakili Singapura di Sukan Komanwel dan Sukan Para Asean (APG) itu berkata dia telah memulakan agensi pengiring sosial awal 2013 untuk membebaskan diri daripada hutang.



Pendakwa berkata semalam bahawa Adam menggunakan laman sosial Facebook bagi merekrut wanita menggunakan gelaran "Angel Tan" untuk menyamar sebagai seorang gadis bekerja untuk agensi itu, kata Timbalan Pendakwa Raya Sharmila Sripathy-Shanaz kepada mahkamah.



Adam kemudian "menemu bual" mereka di flatnya di Yishun apabila isterinya tiada di rumah.



Adam memberitahu wanita itu supaya berbogel. Untuk membuktikan mereka bersedia memberi perkhidmatan seks, Adam akan "mencuba" mangsa dengan mengadakan hubungan seks dengan mereka, kata DPP Sripathy-Shanaz.



Pendakwa berkata antara awal 2013 dengan Oktober 2015, Adam telah merekrut 15 wanita berusia antara 16 dan 38 tahun.



Adam menghadapi sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga S$10,000. Bagi penyeludupan kanak-kanak, Adam boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda hingga $100,000. Dia juga boleh dikenakan sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >