Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Mengaku salah kendali kumpulan 'chatgroup' guna gambar, video lucah

May 05, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura berusia 27 tahun telah mengaku mengendalikan kumpulan sembang atau 'chatgroup' SG Nasi Lemak di Telegram, yang juga mempunyai gambar-gambar dan video lucah.



Kebanyakan gambar dan video itu dipercayai melibatkan perempuan di Singapura.



Leonard Teo Min Xuan ialah salah seorang pentadbir kumpulan itu dan yang terakhir antara empat lelaki yang menganggotai kumpulan perbualan itu yang pernah mempunyai seramai 44,000 anggota.



Leonard mengaku bersalah kepada beberapa kesalahan, termasuk menyebar bahan lucah menggunakan wadah elektronik.



Empat warga Singapura itu ditangkap pada Oktober 2019 dalam beberapa serbuan polis selepas ia menerima beberapa aduan mengenai kumpulan perbualan itu.



Tiga daripada mereka telah mengaku bersalah, termasuk Justin Lee Han Shi dan seorang remaja, yang masing-masing berusia 20 tahun dan 17 tahun ketika melakukan kesalahan itu.



Remaja itu - yang tidak boleh dinamakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda - dan Lee telah dikenakan hukuman probesen.



Pesalah ketiga, Liong Tianwei, 39 tahun, yang juga berperanan sebagai pentadbir kumpulan perbualan itu telah dikenakan hukuman penjara sembilan minggu dan denda $26,000 pada Mac tahun ini.



Liong telah mengaku bersalah bagi tiga tuduhan menyebar bahan lucah, dua tuduhan membantu menyediakan khidmat seksual dan satu tuduhan memiliki filem lucah.



Lagi lapan tuduhan serupa diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.



Kumpulan perbualan Telegram itu dimulakan pada November 2018 dan digunakan sebagai wadah untuk berkongsi gambar dan video lucah.



Ia difahami turut mengalakkan kegiatan maksiat.



Polis melancarkan serbuan selepas menerima beberapa aduan mengenai SG Nasi Lemak antara Mac dengan Oktober 2019.



Semalam, peguam Teo, Encik Ashwin Ganapathy, memberitahu Hakim Daerah Kessler Soh, kliennya itu mempunyai sejarah masalah kemurungan yang berperanan mendorongnya melakukan kesalahan itu.



Hakim Soh telah mengarahkan supaya laporan disiapkan bagi menilai kesesuaian Teo dikenakan Perintah Rawatan Mandatori (MTO).



Pesalah yang dikenakan MTO harus menjalani rawatan untuk menangani isu-isu mental untuk menggantikan hukuman penjara.



Teo, yang kini bebas dengan ikat jamin $10,000, akan dijatuhkan hukuman pada 3 Jun.



Bagi tuduhan menyebar bahan lucah menerusi wadah elektronik, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >