Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengapa semakan Seksyen 377A dibentang ke mahkamah

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA semua tindakan undang-undang yang dikemukakan terhadap Seksyen 377A sebelum ini turut ditolak mahkamah, tindakan terkini yang diambil tiga lelaki itu menyusuli langkah mantan Ketua Hakim, Encik Chan Sek Keong, meminta undang-undang itu disemak.



Malah, dua mantan Peguam Negara turut mengulas tentang isu tersebut secara umum.



Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk hujah berdasarkan bahan sejarah baru termasuk dokumen yang menunjukkan bahawa langkah memperkenal Seksyen 377A pada 1938 bertujuan menganggap kegiatan pelacuran dalam kalangan kaum lelaki yang menular ketika Singapura dijajah Britain sebagai jenayah.



Dakwaan lain adalah berdasarkan bukti saintifik pakar berhubung jenis orientasi seksual, dengan menyatakan bahawa individu homoseksual tidak boleh mengubah orientasi mereka secara sukarela dan Seksyen 377A bersikap berdiskriminasi serta melanggar perlembagaan.



Peguam Negara yang mewakili Pejabat Peguam Negara (AGC) sebelum ini juga mendakwa bahawa Seksyen 377A memberi isyarat moral tertentu hanya dengan kewujudannya.



Malah, ia juga memajukan kepentingan negara yang berasas dan wajar, mencerminkan satu aspek moral masyarakat, tanpa mengira sama ada dan bagaimana ia dikuatkuasakan.



Tambah mereka, Seksyen 377A bersifat perlembagaan dan isu itu merupakan isu sosio-politik yang amat memecah belah, dengan badan perundangan atau Parlimen yang harus membuat keputusan berhubungnya dan bukan badan kehakiman.



Peguam AGC mengulangi kedudukan pemerintah bahawa polis tidak akan mengambil tindakan proaktif untuk menguatkuasakan Seksyen 377A.



Menerusi satu kenyataan selepas Mahkamah Rayuan mengeluarkan penghakiman bertulis semalam, Pink Dot SG berkata mereka amat hampa dengan keputusan tersebut.



"Kenyataan bahawa Seksyen 377A tidak dikuatkuasakan... tidak menolong menyedapkan hati.



"Kesan sebenar Seksyen 377A adalah bagaimana ia membolehkan diskriminasi berterusan dalam setiap aspek kehidupan - di rumah, sekolah, tempat kerja, media dan juga akses kepada khidmat penting seperti penjagaan kesihatan," ujar mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >