PASUKAN Home Team Singapura akan mempamerkan kebolehan dan ketangkasan menangani situasi berbeza yang mencabar dan mendebarkan sempena sambutan pesta Home Team tahun ini.
Diadakan sekali setiap dua tahun, Pesta Home Team (HTF) tahun ini berdasarkan tema Rumahku Keselamatanku (Home Safe Home) dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Singapore Expo.