Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menghasilkan 'kebun atas bumbung' di setiap kejiranan jadi misi ComCrop

Mar 30, 2019 | 05:30 AM



KEBUN atas bumbung dalam setiap kejiranan, dengan hasilnya dijual di pasar raya - inilah visi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemilik bersama ComCrop, Encik Peter Barber.



Dengan cara ini, hasil tanaman itu tidak perlu melalui perjalanan yang jauh untuk dihantar ke pasar raya sementara penduduk pula boleh menikmati hasil tanaman yang segar.



"Ini sangat penting kalau kita ingin meningkatkan perlindungan makanan di Singapura.



"Kita harus menghasilkan tanaman di sini yang boleh menggantikan tanaman yang diimport dari seberang Tambak misalnya, pada harga yang sama atau lebih murah namun tetap bermutu tinggi," ujarnya.



ComCrop kini mengendali dua kebun atas bumbung - di Woodlands Loop dan Orchard Road.



Kebun di bumbung *Scape di Orchard Road dibina pada lewat 2013 manakala kebun di bumbung sebuah bangunan JTC di 15 Woodlands Loop itu - yang seluas 4,000 meter persegi atau hampir sebesar sebuah padang bola sepak - mula beroperasi lewat tahun lalu.



Kebun di Orchard menghasilkan herba seperti daun selasih dan pudina manakala kebun di Woodlands pula boleh menghasilkan sayur seperti daun selada hijau dan merah serta sawi putih dan hijau.



Buat masa ini, Encik Barber berkata daun selada hijau yang dihasilkan ComCrop boleh didapatkan di pasar raya NTUC Finest.



Dengan satu rumah hijau di kebun ComCrop di Woodlands kini, lebih 30,000 tanaman boleh dihasilkan sebulan.



Ini bermakna mereka mampu membekalkan sebanyak 50 kilogram daun selada kepada pasar raya NTUC Finest sehari.



Namun apabila kesemua lapan rumah hijau di kebun ComCrop di Woodlands siap dibina, Encik Barber berkata lebih 300,000 kilogram tanaman dijangka boleh dihasilkan setahun.



Sementara itu, herba yang ditanam di kebun ComCrop di *Scape pula dijual kepada restoran dan bar setempat, selain boleh didapatkan orang ramai menerusi pasar raya dalam talian RedMart.



Menurut Encik Barber, ComCrop menggunakan teknologi bagi mengendalikan kebun atas bumbung mereka.



Sebagai contoh, kebun di Woodlands Loop itu merupakan satu-satunya kebun atas bumbung di Singapura dengan rumah hijau yang mempunyai keupayaan kawalan iklim untuk menghasilkan jumlah besar tanaman yang bebas racun perosak.



"Sedang kebun kami berkembang dan kami mengendalikan lebih banyak (kebun) atas bumbung, kami juga semakin dekat dengan misi lebih luas kami untuk mengurangkan pergantungan Singapura terhadap sayur yang diimport dari luar negara selain mempertingkat bekalan makanan yang dihasilkan di dalam negeri.



"Misi ComCrop juga adalah untuk menyediakan makanan yang sihat dan berzat bagi masyarakat kita sementara menyediakan pekerjaan yang bermakna bagi masyarakat," ujar Encik Barber.



Dengan sebuah pasukan yang kecil atau sekitar 15 pekerja sepenuh masa dan sambilan, Encik Barber berkata mereka antara lain mengambil warga emas bekerja dengan waktu yang fleksibel.



Misalnya, pekerja warga emas di kebun ComCrop menjalankan tugas seperti menanam biji benih.



Apabila ComCrop berkembang sehingga berupaya mewujudkan kebun atas bumbung dalam setiap kejiranan pada masa akan datang, Encik Barber berkata mereka juga boleh menyediakan pekerjaan kepada penduduk di kejiranan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >