Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Menghidupkan' semula Perang Dunia Kedua...

Jan 29, 2022 | 09:39 AM



SEBAGAI salah seorang anggota pasukan di sebalik pameran terkini Perang Dunia Kedua, Cik Syafiqah Jaaffar, 28 tahun, bermatlamat mendekati orang ramai supaya menyertai perbincangan tentang bagaimana peristiwa bersejarah itu diingati warga hari ini.



Namun untuk berbuat demikian, penolong kurator Muzium Negara itu berkata, pihaknya perlu mengaturkan bahan pameran dari pelbagai sudut agar mendorong pengunjung tampil dan berkongsi ingatan masing-masing tentang tragedi itu.



Sebagai karyawan muzium, beliau berperanan menyediakan ciri interaktif seperti permainan video dan kemudahan maya untuk pengunjung mencatatkan apa yang perlu diingati generasi depan - sekurun kemudian - pada 2042 tentang perang itu.



"Mungkin ini satu cara untuk kami dekati penduduk, dan kami berharap mereka menyumbang kisah atau sejarah yang mereka mewarisi daripada orang tua mereka tentang perang itu kepada kami," tambahnya.



Pameran Dislocations: Memory & Meaning of the Fall of Singapore, 1942 membuka tirainya di Muzium Negara hari ini dan akan berlangsung sehingga 29 Mei 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >