PELAKON Suria, Nick Mikhail, telah membuat laporan polis membabitkan satu kiriman yang dianggapnya berunsur fitnah menerusi Facebook yang mendakwa beliau "menghilangkan diri" dengan sebuah kereta sewa.
Namun, kiriman tersebut telah dipadamkan oleh pengirimnya, Encik Augustin Teo, yang telah menyewakan kereta itu kepada Nick selama setahun sejak Oktober tahun lalu.