Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LEMBAGA BIASISWA KENANGAN MAULUD (LBKM)

Menjamin masa depan dengan mendukung aspirasi pelajar possiswazah

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



SALAH satu tanda kejayaan dalam sesebuah masyarakat ialah kadar kejayaan bagi lepasan siswazah yang meraih ijazah Sarjana dan Kedoktoran Falsafah.



Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) kini merupakan satu-satunya badan yang membantu pembelajaran peringkat ijazah Sarjana dan Kedoktoran Falsafah dalam bentuk pemberian biasiswa.



Jumlah pencapaian pelajar-pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dan Kedoktoran Falsafah di dalam dan luar negara meningkat pada setiap tahun.



Mengikut statistik dari Universiti Nasional Singapura (NUS), terdapat peningkatan sebanyak 2,147 pelajar atau 500 lebih pelajar purata setiap tahun (9,506 pelajar 4 tahun lepas berbanding dengan 11,653 tahun ini) yang menuntut di NUS.



Jumlah keseluruhan yang melanjutkan pelajaran possiswazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara dianggarkan jauh lebih tinggi.



LBKM berharap dapat bekerjasama dengan badan-badan lain bagi mengenal pasti angka sebenar dan keperluan pelajar-pelajar possiswazah kita agar lebih ramai dapat dibantu.



Pemberian dermasiswa dan biasiswa dari LBKM untuk menggalakkan dan membantu pelajar-pelajar possiswazah kita meningkat kepada 47 pelajar setahun purata bagi 4 tahun kebelakangan ini (2017-2020) berbanding dengan 35 pelajar setahun purata bagi tempoh 4 tahun sebelumnya (2013-2016).



Berlaku penambahan jumlah bantuan kewangan yang diagihkan LBKM dari $123,800 pada tahun 2013 kepada $212,100 pada tahun 2020.



Perkara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 71 peratus dalam tempoh 8 tahun.



LBKM bertekad untuk terus menggalak dan membantu pelajar-pelajar Melayu/Islam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dan Kedoktoran Falsafah, terutama dalam bidang-bidang ekonomi baru dan jurusan kepakaran yang amat diperlukan.



Graduan ijazah Sarjana dan Kedoktoran Falsafah dapat memperkukuhkan pencapaian masyarakat kita bukan sekadar dari segi akademik atau keilmuan sahaja, tetapi dari segi sumbangan mereka sebagai pakar dan pendidik, seperti mana yang dilakukan oleh Cik Rafiana Begam Mohamad Rafik yang sekarang menuntut di Institut Teknologi Singapura (SIT) di peringkat Sarjana dalam Kejuruteraan Pelestarian Infrastuktur.



LBKM juga mula membantu pelajar-pelajar possiswazah kita dalam pembelajaran ukhrawi sejak 2013.



Antara pelajar-pelajar pos-siswazah yang dibantu termasuk Cik Noraini Abdul Hamid yang kini sedang mengambil PhD dalam bidang Psikologi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).



LBKM berharap masyarakat dapat berganding bahu dalam melahirkan lebih banyak lepasan possiswazah dengan harapan mereka dapat menyumbang kembali kepada pembangunan dan kemajuan masyarakat Melayu/Islam.



Sumbangan daripada semua pada hari Jumaaat yang mulia ini diharap dapat menambahkan dana LBKM bagi tujuan membantu anak-anak kita mencapai gerbang kejayaan dan dengan itu membantu menaik taraf kemajuan masyarakat keseluruhannya.




CARA MENYUMBANG



  • Lakukan pemindahan wang melalui bank (DBS Autosave) ke nombor berikut iaitu: 017-903045-5 atau PayNow kepada UEN S66SS0027A. Hantar maklumat transaksi, nama, nombor NRIC melalui WhatsApp ke 96474695 untuk pelepasan cukai.

  • Layari https://www.giving.sg/lbkm untuk menderma.

  • Derma melalui cek yang disertakan nombor kad pengenalan dan telefon anda di belakang cek. Kemudian, hantarkan cek tersebut ke alamat berikutnya: 448 Changi Road, # 04-01 Wisma Indah Singapura 419975.

  • Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi LBKM melalui pautan http://lbkm.org.sg atau hubungi talian 6447 4770.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >