Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

RKM anjur pelbagai kegiatan Raya agar penghuni tak rasa sunyi

May 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 25 peratus penghuni di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) tidak akan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tahun ini.



Lantaran itu, bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam kemeriahan perayaan ini, rumah itu telah menganjurkan pelbagai kegiatan seperti solat Hari Raya dan bertakbir beramai-ramai.



Ini apatah lagi di premis baru yang menyediakan kemudahan dan suasana yang lebih selesa, kata Ketua RKM, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed.



RKM yang berpindah ke 101 Pasir Ris Road dari Bedok North Street 3 pada Jun lalu, kini menjaga 37 penghuni berusia antara 12 tahun dengan 19 tahun.



Penghuni itu ditempatkan di RKM untuk perlindungan dan bimbingan supaya mereka dapat kembali kepada keluarga dengan selamat.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Rahmatunnisa berkata terdapat pelbagai faktor mengapa anak-anak RKM tidak pulang ke rumah untuk beraya.



"Ada anak-anak ini tidak mempunyai anggota keluarga yang dikenali sementara ada yang tidak dibenarkan pulang kepada keluarga kerana keprihatinan berkaitan keselamatan dan keadaan yang tidak mengizinkan.



"Ramai daripada mereka juga mempunyai sejarah penderaan dari segi fizikal dan emosional," ujar beliau.



Disebabkan itu, bagi menghidupkan semangat Syawal dan memastikan anak-anak RKM tetap dapat menyambut Raya dengan meriah, rumah itu melaksanakan pelbagai program menarik di premis barunya.



Malahan, kegiatan telah dimulakan sejak Ramadan lagi, kata Cik Rahmatunnisa.



Ini termasuk acara iftar fizikal yang pertama sejak pandemik bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan pasukan GRC Pasir Ris-Punggol yang termasuk Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Bagi sambutan sempena Hari Raya pula, di samping solat Aidilfitri dan bertakbir, anak-anak RKM akan berpeluang mengikuti bengkel menganyam ketupat, bengkel budaya bersongkok dan cara memakainya, pesta bunga api serta mengalami suasana 'malam kampung Raya' dengan membakar sate dan makan durian.



"Memang ada perbezaan dalam kita menyambut Hari Raya semasa tempoh Covid-19 ini.



"Tetapi satu perbezaan paling besar ialah tahun lalu kami menganjurkan kegiatan dalam zon. Tahun ini, kami dapat menggabungkan semua zon, jadi, sambutan akan lebih meriah lagi," terang Cik Rahmatunnisa.



Dalam hal ini, pusat baru RKM dapat menyediakan suasana kediaman lebih selesa dengan reka bentuk yang menyerupai sekitaran rumah, tambah beliau.



Selain kemudahan seperti studio dapur, studio seni dan galeri, rumah itu juga sedang merancangkan taman terapeutik dan stesen senaman di luar untuk kegunaan penghuni.



Cik Rahmatunnisa menjelaskan lagi sejak pandemik menimpa, banyak perubahan harus dijalankan dari sudut perancangan operasi dalam menyambut Hari Raya.



"Tidak seperti tahun-tahun sudah, semasa awal Covid-19 pada awal 2020, tidak semua anak-anak dibenarkan pulang ke rumah kerana sekatan.



"Rumah kami harus merancang kegiatan bagi memastikan mereka terus terlibat di rumah dengan cara yang bermakna dan dapat menikmati sambutan Hari Raya walaupun tanpa keluarga mereka yang amat dirindui," terang Cik Rahmatunnisa.



Bagaimanapun, bukan mudah untuk memastikan anak-anak itu terus bersemangat tinggi dan bermotivasi di tengah-tengah pandemik.



Hanya dengan sokongan daripada keluarga dan rakan kerjasama, para penghuni dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan norma baru, kata Cik Rahmatunnisa lagi.



"Kakitangan banyak menyokong dan bergantung kepada satu sama lain untuk mendapatkan galakan untuk terus berkhidmat dan bekerja demi memastikan penghuni mempunyai kegiatan yang menyeluruh agar mereka tidak terlalu terkesan oleh perubahan disebabkan pandemik," tambahnya.



Cik Rahmatunnisa turut berterima kasih dengan mereka yang tampil ke depan untuk menyumbang baju Raya, songkok dan capal untuk anak-anak di rumah tumpangan itu.




MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK PULANG BERAYA 



"Ada anak-anak ini tidak mempunyai anggota keluarga yang dikenali sementara ada yang tidak dibenarkan pulang kepada keluarga kerana keprihatinan berkaitan keselamatan dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Ramai daripada mereka juga mempunyai sejarah penderaan dari segi fizikal dan emosional.''

- Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed, Ketua RKM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >