GEMBIRANYA DAPAT BUBUR: Keceriaan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak ini yang membawa pulang bubur yang diagihkan Masjid Aminah yang terletak di kawasan Geylang pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. - Foto fail
SIBUK CARI JUADAH BERBUKA: Dikenali sebagai 'Taman Selera Bussorah Street' pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, keadaan bazar tampak sibuk dihujani orang ramai yang sibuk mencari juadah berbuka puasa. Foto ini dipetik pada 1967. - Foto fail
ISI 'TABUNG' SEMPENA SOLAT TARAWIH: Pegawai Masjid Jamiyah Al Rabittah di Tiong Bahru'mengelilingi' jemaah dengan tabung masjid di salah satu sesi solat tarawih. Gambar ini dipetik pada 1985. - Foto fail
MANA SATU PILIHAN HATI?: Wanita ini sedang membelek-belek kain untuk dijadikan baju Raya yang bakal menjelang. Gambar ini dipetik pada tahun-tahun 1950-an. - Foto fail
SENGKANG MATA, BUAT KUIH: Sekumpulan wanita saling membantu satu sama lain semasa menyediakan kuih-muih yang bakal disajikan apabila tiba Raya nanti. Foto ini juga dipetek pada tahun-tahun 1950-an. - Foto fail