Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menjual kotak 'set-top' dengan penstriman program, filem cetak rompak akan diharamkan di S'pura

Jul 06, 2021 | 07:25 PM



MENJUAL kotak atas set (set-top) yang menawarkan akses pada penstriman filem dan rancangan televisyen cetak rompak dalam talian akan diharamkan tidak lama lagi dengan jurang yang ada kini akan diatasi, menjadikan lebih sukar buat penjual runcit mengelakkan tindakan undang-undang. 



Ini adalah antara perubahan yang diusulkan di bawah Akta Hakcipta yang dibentangkan Parlimen oleh Kementerian Undang-Undang pada Selasa (6 Julai) sebagai sebahagian usaha memperkukuh rejim hakcipta di Singapura.



Hukuman jenayah bagi kesalahan ini juga dibentangkan secara jelas, tidak seperti kini yang bergantung pada keadaan. Jika didapati bersalah di bawah pindaan yang diusulkan, individu boleh didenda hingga $100,000, dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Bagi entiti seperti syarikat, mereka boleh didenda hingga $200,000.



Langkah memperketat Akta Hakcipta juga bermaksud penjual runcit boleh disaman pemilik yang mempunyai hak siaran persembahan televisyen atau tayangan filem itu.



Pindaan yang diusulkan tidak meliputi hanya kotak atas set dan program yang distrim. Ia juga bagi sebarang urusan komersial kerja-kerja yang melanggar hakcipta menerusi peralatan atau perkhidmatan termasuk tawaran menjual hasil kerja itu.



Ini bermakna pemilik hak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas penjual runcit yang menawarkan muzik, persembahan atau sofwe cetak rompak - atau akses pada kandungan berkenaan - bukan sahaja menerusi kotak atas set atau alat lain tetapi aplikasi sofwe.



Pesalah boleh diarahkan agar menghentikan jualan atau  membayar ganti rugi hak pemilik jika mereka mengalami kerugian.



Kementerian Undang-Undang juga menjelaskan buat masa ini, Akta Hakcipta itu tidak mengambil kira perkembangan teknologi lebih terkini. Ini meliputi kotak atas set atau alat penstriman lain dan khidmat yang membolehkan orang ramai memanfaatkan kandungan dari sumber haram.



"Kerana undang-undang kini tampak senyap menangani jenis peralatan dan khidmat baru termasuk bagaimana mereka diimport atau dijual, terdapat ketidakpastian guaman mengenai tindakan penguatkuasaan yang mungkin dapat diambil dengan jayanya," jelas jurucakap Kementerian Undang-Undang kepada akhbar The Straits Times.



Ini bermakna penjual runcit boleh mengambil kesempatan daripada ketidakjelasan undang-undang menjual alat sedemikian untuk keuntungan. Pembeli pula sering dikelirukan dengan merasakan kandungan yang tersedia boleh ditonton tanpa pelanggaran undang-undang, ujar jurucakap itu lagi.



Peguam di kumpulan harta intelek dan teknologi Bird & Bird ATMD, Encik Alban Kang, menjelaskan meskipun perangkaan awam tidak ada, kelihatannya hanya satu atau dua tindakan guaman diambil terhadap penjual.



Salah satu kes mahkamah yang menentang cetak rompak melibatkan lelaki yang didenda $36,600 pada 2019 dan tahun lalu, manakala syarikatnya Synnex Trading, didenda $160,800 pada 2019 kerana menjual kotak penstriman haram Android TV.



Setiap kotak boleh dijual semurah $219 sebagaimana yang dipasarkan di laman Facebook Synnex.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >