Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Besar Johor lawat kapal kerajaan Malaysia di perairan wilayah Singapura di Tuas

Jan 11, 2019 | 03:05 PM



MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian, berkongsi di media sosial lewat malam semalam gambar beliau melawat sebuah kapal kerajaan Malaysia yang berlabuh di perairan wilayah Singapura di Tuas.



Pos Facebook beliau muncul sehari selepas menteri luar negeri negara itu bertemu di Singapura dan bersetuju membentuk sebuah kumpulan kerja untuk mengkaji dan membincangkan pertikaian mengenai sempadan maritim.



Datuk Osman menulis dalam pos itu: “Melawat anggota dan pegawai Jabatan Laut Malaysia yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk Jabatan Laut Malaysia di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura.



“Kapten Mohamad Azlan Aziz turut memberikan penjelasan mengenai had kawasan sempadan yang menjadi pertikaian dua negara.



“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dan kakitangan awam yang komited mengawal dan mempertahankan perairan kita.”



Juga dilihat di perairan Singapura ialah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia KM Marudu dan kapal MMD Tanjung Puteri, yang digunakan Datuk Osman untuk melawat MV Pedoman di perairan Singapura.



Menjawab pertanyaan media hari ini, Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura berkata terdapat lima kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura pada 6 petang Rabu.



MPA juga mengesahkan bahawa dua kapal kekal berada di perairan Singapura pada 6 petang semalam.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >