Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Ehwal Ekonomi M'sia Azmin Ali di S'pura untuk lawatan kerja

Aug 05, 2018 | 05:45 PM



MENTERI Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali sedang berada di Singapura untuk lawatan kerja.

Laporan The Straits Times memetik Twitter beliau pada Ahad (5 Ogos) bahawa beliau dipercayai tiba di sini pada Sabtu.



Belum dapat dipastikan sama beliau akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Encik Khaw Boon Wan mengenai projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur.



Minggu lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin berkata pertemuan mengenai HSR mungkin berlangsung pada Ogos tetapi tidak menetapkan tarikh.



Malaysia menimbangkan menangguhkan projek HSR – yang ditandatangani pada 2016 dan dijangka siap pada 2026 – kerana menghadapi hutang negara RM1 trilion ($336 bilion). Kos membina HSR sepanjang 350 kilometer itu dianggarkan menelan belanja RM110 bilion.



Singapura telah membelanjakan kira-kira $250 juta bagi projek itu, dan mungkin membelanjakan lagi $40 juta menjelang akhir tahun.



Sehingga Ahad petang, belum ada kenyataan rasmi mengenai kunjungan Datuk Seri Mohamed Azmin ke Singapura.



Pemerintah Singapura berkata pada 1 Ogos bahawa ia menerima surat daripada Datuk Seri Mohamed Azmin bertarikh 23 Julai menyatakan kerajaannya sedang mengkaji butiran projek HSR dan akan memulakan perbincangan dengan Singapura tidak lama lagi.



Singapura mengalu-alukan saranan Malaysia untuk memulakan perbincangan mengenai projek yang akan memendekkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >