Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Ehwal Luar Saudi temui Presiden Halimah, pemimpin negara

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN kukuh dan lama antara Singapura dengan Arab Saudi diperkukuh lagi susuli lawatan rasmi Menteri Ehwal Luar Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, ke sini dengan beliau bertemu secara berasingan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana kelmarin.



Pemimpin Saudi itu membuat lawatan sehari atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Saudi, demikian menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) lewat kelmarin.



Dalam pertemuan mereka, Presiden Halimah mengucapkan tahniah kepada kerajaan Saudi di atas kejayaan pengurusan jemaah haji di samping mengulangi permintaan Singapura untuk menambah kuota haji apabila ibadah itu disambung semula kepada jemaah haji Singapura.



Beliau juga mengalu-alukan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura (SSJC) yang diadakan di Riyadh bulan lepas.



Semasa pertemuan Putera Faisal dengan Encik Lee pula, mereka berdua mengalu-alukan peningkatan penglibatan dua hala termasuk melalui SSJC yang menyediakan wadah berguna untuk mengukuh kerjasama ekonomi dalam menyokong Wawasan 2030 Arab Saudi.



Encik Lee juga bersetuju terdapat skop bagi syarikat kedua-dua negara untuk meneroka peluang di rantau masing-masing.



Putera Faisal turut bertemu Dr Balakrishnan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Para menteri bersetuju terdapat skop untuk memperdalam kerjasama dua hala.



Kedua-dua negara juga telah bekerjasama dalam isu kepentingan bersama di forum pelbagai hala, kata MFA dalam kenyataannya.



Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau di Timur Tengah dan Asia.



Secara berasingan, Putera Faisal bertemu Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos menarik perhatian bahawa hubungan rakyat dengan rakyat kekal baik dan melahirkan penghargaan ke atas sokongan yang diberikan kerajaan Saudi kepada pelajar Singapura di negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >