KENYATAAN MENTERI BERKENAAN COVID-19
Menteri hargai kegigihan rakyat tangani koronavirus
Mar 26, 2020 | 05:30 AM
MENTERI Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Singapura yang berusaha gigih menentang koronavirus Covid-19.
Semasa menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen semalam, Encik Wong berkata rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang telah bersatu-padu dalam menentang virus ini, dengan pekerja jagaan kesihatan telah berkorban dan bekerja keras untuk menjaga pesakit.