Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Heng Swee Keat dalam keadaan stabil

May 20, 2016 | 08:59 AM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat kekal dalam keadaan diberi sedatif dan stabil, kata rakan Anggota Parlimen (AP) beliau di GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, pada Khamis (19 Mei).



Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) itu berkata beliau tidak berpeluang melawat Encik Heng. AP dan pemimpin akar umbi telah diminta menunda lawatan mereka.



"Keluarga beliau memerlukan ruang dan itu keutamaan," kata Encik Baey kepada akhbar The Straits Times.



Beliau juga berkata beberapa penduduk GRC Tampines bertanya apakah ada tempat bagi orang ramai meninggalkan cetusan perasaan serta bunga dan buah-buahan bagi Encik Heng.



"Pandangan kami ialah ini tanda baik hati yang kami dan keluarga beliau benar-benar hargai, tetapi perkara paling penting sekarang ialah agar Swee Keat pulih," tambah Encik Baey.



Encik Heng, 54 tahun, rebah minggu lalu semasa satu mesyuarat Kabinet selepas diserang angin ahmar.



Doktor di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah berjaya menutup aneurisme yang pecah, yang menyebabkan pendarahan dalam otak beliau.



Encik Heng kini dalam unit rawatan rapi.



Difahamkan bunga, kad ucapan dan hadiah bagi beliau terus dihantar ke Muzium Warisan di TTSH, di mana barang-barang itu disimpan.



Tugas Encik Heng telah diambil alih oleh beberapa menteri dan AP.



Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, yang juga Menteri Kewangan sebelum ini, kembali menerajui kementerian itu, manakala Encik S. Iswaran, Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), dilantik sebagai pengerusi bersama Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan.



Empat AP lain GRC Tampines akan bergilir-gilir melawat penduduk di kawasan undi Tampines Central Encik Heng, dan melayani keperluan mereka di Sesi Bertemu Penduduk setiap Isnin.



Mereka akan dibantu oleh bekas AP GRC Tampines, Encik Sin Boon Ann, yang telah dilantik sebagai timbalan pengerusi cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Tampines Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >