Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Menteri India ucap terima kasih kepada S’pura atas bantuan atasi Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Menteri India ucap terima kasih kepada S’pura atas bantuan atasi Covid-19

May 01, 2021 | 09:48 PM

MENTERI Ehwal Luar India Dr S Jaishankar pada Sabtu (1 Mei) telah mengucapkan terima kasih kepada Singapura atas bantuan yang dihulurkan untuk mengatasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda teruk di negara itu.

Ini dilahirkan dalam satu perbualan telefon bersama Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Kededua Menteri itu juga mengesahkan hubungan kukuh antara dua negara itu, serta komitmen untuk menyokong satu sama lain semasa pandemik ini.

“Menteri Jaishankar mengucapkan terima kasih kepada Menteri Balakrishnan bagi sumbangan silinder oksigen Singapura kepada India pada 28 April 2021, serta usaha mengalihkan tangki kriogenik dari Singapura ke India,” kata MFA.

Tangki kriogenik atau cryogenic tanks digunakan untuk menyimpan bekalan pada suhu sejuk.

Menteri Balakrishnan juga memberi jaminan Singapura akan terus menyokong India untuk menentang Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3