Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Indo-SG bincang 'persediaan berhati-hati' buka sempadan

PM Lee dijangka bertemu dengan Presiden Jokowi dalam Rahat Pemimpin lewat tahun ini
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



PARA menteri Singapura dan Indonesia telah membincangkan 'persediaan berhati- hati' untuk menghidupkan semula pergerakan dan pelancongan.



Ini sedang Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijangka bertemu secara bersemuka dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dalam Rahat Pemimpin pada lewat tahun ini.



Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang mengakhiri rangka lawatan dua hari ke Indonesia semalam, telah bertemu dengan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno, di Jakarta kelmarin serta membincangkan mengenai pembukaan semula aturan pergerakan yang "bertahap-tahap dan selamat" memandangkan keadaan Covid-19 yang semakin pulih.



"Kami sedang melihat bidang kepentingan bersama, dan saya fikir dalam perbincangan awal, kami telah meneliti khususnya, Bintan dan mungkin ia akan menjadi tempat pertemuan bagi Rahat Pemimpin kami," ujar Dr Balakrishnan.



"Rahat Pemimpin akan terus diadakan tahun ini, nantikan tarikhnya tetapi kededua pemimpin kami akan bertemu secara bersemuka dan mereka mempunyai agenda yang padat."



Kali terakhir Encik Lee bertemu dengan Encik Widodo, atau lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, ialah pada 8 Oktober 2019 dalam Rahat Pemimpin.



Sejak itu mereka tidak bertemu ekoran pandemik Covid-19.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, bercakap selepas pertemuannya dengan Dr Balakrishnan, bahawa pertemuan tahunan itu menandakan pentingnya hubungan dua hala dan menyediakan wadah untuk kededua negara menetapkan bidang kerjasama penting pada masa depan.



Cik Retno melahirkan kelegaan adanya Aturan Koridor Pergerakan atau TCA, bagi memudahkan pelawat rasmi dan perniagaan penting serta berharap ia terus dilaksanakan.



Beliau menekankan kesihatan dan keselamatan pelawat adalah amat penting, justeru sebarang projek rintis mengenai pembukaan semula sempadan demi tujuan pelancongan harus dijalankan dengan cara yang selamat, bertahap-tahap dan berhati-hati.



Dalam pertemuan selama sejam antara Cik Retno dan Dr Balakrishnan itu juga, kededua pemimpin membincangkan mengenai pendekatan Asean terhadap Myanmar.



Mereka bersetuju bahawa satu sidang pemimpin Asean mengenai hal itu akan dianjurkan pada masa terdekat serta menekankan bahawa rantau itu perlu mencapai pendirian bersama mengenai krisis di Maynmar.



Melahirkan sentimen serupa, Dr Balakrishnan berkata:



"Kami amat prihatin mengenai keadaan itu. Kami merasa sedih dengan kehilangan nyawa menerusi penggunaan senjata ke atas orang awam yang tidak bersenjata."



Tambahnya, Singapura dan Indonesia mempunyai pendirian yang serupa.



Kededua negara percaya bahawa penyatuan semula nasional harus dilakukan dan ini akan hanya boleh berlaku jika kededua pihak duduk bersama, berunding dan mencari huraian yang berkesan untuk Myanmar bagi jangka panjang.



Dr Balakrishnan tarik perhatian bahawa kededua negara itu akur tidak sepatutnya ada campur tangan luar negara namun Asean bersedia menghulurkan bantuan.



Lawatan Dr Balakrishnan ke Indonesia dibuat selepas Encik Jokowi mengusulkan mesyuarat peringkat tinggi di antara pemimpin Asean bagi membincangkan tentang keadaan di Myanmar menyusuli rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu.



Sebelum membuat lawatan ke Indonesia, Dr Balakrishnan telah berkunjung ke Brunei, pengerusi Asean sekarang, serta negara jiran, Malaysia.




"Kami sedang melihat bidang kepentingan bersama, dan saya fikir dalam perbincangan awal, kami telah meneliti khususnya, Bintan dan mungkin ia akan menjadi tempat pertemuan bagi Rahat Pemimpin kami... Rahat Pemimpin akan terus diadakan tahun ini, nantikan tarikhnya tetapi kededua pemimpin kami akan bertemu secara bersemuka dan mereka mempunyai agenda yang padat."
- Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa rangka lawatan dua hari ke Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >