Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12

Menteri Indonesia garis usaha pikat lebih ramai pelancong dari S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Menteri Indonesia garis usaha pikat lebih ramai pelancong dari S'pura

Oct 05, 2022 | 05:30 AM

MENTERI Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Salahuddin Uno, berada di Singapura untuk mempromosikan Indonesia untuk meningkatkan daya tarikan Indonesia sebagai destinasi utama untuk warga Singapura.

Beliau yang menyertai Misi Jualan Wonderful Indonesia di Singapura yang diadakan di Hotel Marriot baru-baru ini Encik Sandiaga berkata promosi pemasaran di Singapura akan disasarkan dengan memberi tumpuan kepada data besar untuk menjadikan Singapura sebagai pelancong nombor satu ke Indonesia.

Encik Sandiaga dalam interviu bersama Berita Harian menyatakan Indonesia juga telah memulakan pelancongan sukan untuk menarik warga Singapura seperti Ironman yang akan dianjurkan di Lombok, serta MotoGP 2023.

"Saya melihat peningkatan besar di kalangan peminat sukan permotoran MotoGP yang memilih untuk tinggal di inap desa. Kesemuanya habis dijual," katanya.

Menurut Encik Sandiaga terdapat hampir 4,000 inap desa yang mempromosikan kehidupan dengan alam semula jadi.

Sektor kapal pesiaran pula adalah satu lagi sektor yang akan di kembangkan untuk membolehkan warga Singapura meneroka pelbagai tempat di luar Batam atau Bintan yang popular di kalangan warga Singapura.

"Saya telah meminta pasukan saya untuk mempercepatkan untuk kami boleh menerima lebih banyak kapal pesiaran dan membina infrastruktur (diperlukan) di Bali dan pelabuhan lain," katanya.

Indonesia juga katanya akan mempromosikan acara kebudayaan dengan mewujudkan sekurang-kurangnya 100 acara serantau yang tersebar di seluruh Indonesia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3