Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Kabinet beri ucap takziah

Mar 23, 2015 | 11:25 AM



SEAWAL sekitar lima pagi, beberapa menteri Kabinet sudah membanjiri laman Facebook dengan ucapan takziah mereka kepada keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas pemergian bapanya, mendiang Lee Kuan Yew.


Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing, mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee bagi "membolehkan kita mengejar impian kita membina sebuah negara yang bebas, berjaya dan bersatu tanpa kira bangsa, bahasa dan agama".


"Sedang kita mengambil alih kepimpinan untuk menghidupkan impian Singapura kita, kita akan selalu mengingati kata-kata anda bahawa kita bertanggungjawab bagi jutaan kehidupan warga Singapura," kata beliau.


Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, berkata:


"Encik Lee Kuan Yew - dirindui dan diingati selamanya. Anda menumpukan kehidupan anda untuk menjadikan Singapura luar biasa dan kehidupan kita lebih baik. Anda mengajar kita semua apa ertinya untuk menjadi warga Singapura. Saya benar-benar berterima kasih kepada anda," katanya.


Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, turut berdukacita dengan kehilangan pengasas Singapura. Beliau harap Encik Lee boleh disatukan dengan Cik Lee lagi.


Kata Encik Heng lagi, kehidupan rakyat Singapura telah berubah kerana Encik Lee mempunyai visi agar semua rakyat mempunyai kehidupan yang lebih baik dan telah dedikasi hidupnya demi misi ini.


Encik Lee dan kumpulannya telah membina hubungan baik dengan generasi perintis kita dan bersama-sama, Singapura telah mencapai apa yang ramai sangka sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >