Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Menteri Kanan Teo Chee Hean lawat Qatar, Morocco

Nov 18, 2019 | 09:40 AM

MENTERI Kanan, Encik Teo Chee Hean akan berada di Qatar dan Morocco dari 17 hingga 23 November untuk lawatan kerja.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Teo akan melawat Doha dari 17 hingga 19 November, di mana beliau akan berjumpa pemimpin kanan Qatar, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Pertahanan Dr Khalid Mohammed Al Attiyah, Menteri Pembandaran dan Kejuruteraan Sekitaran Abdullah Abdulaziz, Speaker Majlis Shura Ahmed Abdullah dan Penasihat Keselamatan Nasional Emir Mohammed Al Misnad.

Encik Teo juga akan menghadiri majlis resepsi bersama warga Singapura yang berpangkalan di Qatar, lapor The Straits Times.

Beliau kemudian akan berlepas ke Morocco dari 20 hingga 23 November, di mana beliau akan berjumpa Perdana Menteri Saad-Eddine El Othmani, Menteri Dalaman Abdelouafi Latfit dan Menteri Hal Ehwal Islam Ahmed Toufiq, serta menteri kanan Moroccan yang lain.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian