PEMBINAAN hospital baru, penambahbaikan rumah penjagaan disertai langkah seperti Pakej Generasi Perintis serta MediShield Hayat dapat meningkatkan mutu serta keupayaan sistem penjagaan kesihatan yang dinikmati rakyat Singapura.
Namun begitu, kemampanan sistem tersebut bagi jangka masa panjang harus dipastikan, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Chee Hong Tat, semalam semasa pelancaran rasmi Hospital Masyarakat Yishun (YCH).