Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Kesihatan arah pembetulan ke atas FB Goh Meng Seng, laman S'pore Uncensored

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah menyangkal dakwaan palsu bahawa vaksin Covid-19 menyebabkan atau mempunyai kaitan jelas dengan strok dan serangan jantung.



Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, telah mengerah Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan arahan pembetulan ke atas pos Facebook dan laman yang mengandungi dakwaan tersebut.



Arahan pembetulan itu ditujukan kepada laman Facebook Goh Meng Seng People's Power Party dan Goh Meng Seng (Satu Singapura), serta laman Singapore Uncensored.



Pos yang diterbitkan pada 2 April di laman Facebook Goh Meng Seng People's Power Party dan Goh Meng Seng (Satu Singapura) membayangkan bahawa vaksin Covid-19 telah menyebabkan atau menyumbang kepada serangan strok yang dialami seorang doktor di Singapura.



Akaun sama Facebook itu juga menerbitkan pos pada 7 April lalu yang membayangkan vaksin Covid-19 telah menyebabkan atau menyumbang kepada kematian seorang lelaki berusia 81 tahun di Singapura.



MOH berkata pada hari yang sama, laman Singapore Uncensored menerbitkan artikel yang mendakwa bahawa seorang lelaki berusia 81 tahun telah meninggal dunia daripada komplikasi vaksin.



"Dakwaan itu adalah palsu. Hingga 14 April 2021, tiada bukti yang boleh dipercayai mengenai risiko meningkat bagi serangan jantung atau strok dengan vaksin Pfizer-BioNTech and Moderna Covid-19 yang kini diluluskan atau ditawarkan di Singapura," kata MOH.



Kementerian itu berkata pasukan perubatan yang menjaga doktor itu telah menilai bahawa keadaan doktor itu besar kemungkinan tidak berkaitan dengan vaksin Covid-19, dan Hospital Mount Elizabeth juga telah mengeluarkan penjelasan pada 4 April lalu.



Bagi `lelaki 81 tahun itu pula, MOH berkata punca kematian ialah penyakit jantung iskemic, yang disebabkan kekurangan peredaran dadah ke otot jantung.



Berdasarkan pemeriksaan mayat, tiada bukti reaksi alahan di tempat suntikan vaksin Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >