Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung jawab soalan berkaitan suntikan penggalak dan vaksin Covid-19

Jan 07, 2022 | 09:38 PM



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung menjawab beberapa soalan yang lazimnya ditanyakan orang ramai menyusuli sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dua hari lalu melalui kiriman Facebook pada Jumaat (7 Jan). 

1) Mengapa perlu tarikh luput 9 bulan selepas dua dos vaksin mRNA/3 dos Sinovac atau Sinopharm?

J: Ini kerana keberkesanan perlindungan vaksin akan semakin berkurangan. Keberkesanan vaksin boleh dikembalikan semula dengan dos suntikan penggalak, yang disarankan sekitar lima bulan selepas menerima vaksin mRNA dan tiga bulan selepas dos ketiga Sinovac/Sinopharm.

Pemerintah akan membenarkan individu untuk menunggu selama 270 days untuk menerima suntikan penggalak. Dasar itu akan berkuatkuasa mulai Isnin, 14 Februari tahun depan.

2) Bagaimana untuk mengira tempoh keberkesanan vaksin?

J: Contohnya:

Jika anda menerima dos kedua vaksin mRNA pada 1 Jun 2021.

Sekitar 150 hari atau lima bulan selepas itu, 1 Nov 2021- Layak menerima suntikan penggalak.

Sekitar 270 hari atau sembilan bulan selepas itu, 26 Feb 2022- perlu menerima suntikan penggalak untuk mengekalkan status ‘divaksin penuh’

Pada hari ke-271, 27 Feb 2022- Status ‘divaksin penuh’ luput jika suntikan penggalak belum diambil

3) Jika saya dijangkiti dan sudah pulih, bagaimana saranan untuk mendapatkan suntikan penggalak?

J: Jika anda sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan Covid-19, tanpa sebarang komplikasi, sistem imuniti anda telah menjalani stimulus yang kuat, umpama suntikan vaksin yang kuat.

Terdapat beberapa gabungan jangkitan dan dos vaksin.

Anda mungkin dijangkiti selepas melengkapi dua dos vaksin, sebelum menerima vaksin, atau antara dua dos.

Umpamakan dos vaksin mRNA sebagai V dan jangkitan sebagai I, tiga gabungan yang mungkin berlaku adalah:

V+V+I: Anda telah menerima tiga stimulus, dan dikira sudah menerima penggalak.

I+V+V: Anda telah menerima tiga stimulus, dan dikira sudah menerima penggalak.

V+I+V: Anda divaksin penuh, tetapi belum menerima sebarang penggalak. Ini kerana tempoh antara dua dos adalah tiga hingga empat minggu, dan jika anda dijangkiti semasa tempoh itu, bermakna dos vaksin pertama dan jangkitan terlalu hampir masanya, dan bukan stimulus berasingan bagi tubuh anda. Untuk itu anda memerlukan V+I+V+V.

Biasanya, jika anda dijangkiti semasa tidak divaksin atau menerima satu dos vaksin, anda memerlukan dua lagi dos sebagai stimulus.

Namun, anda tidak perlu mendapatkan suntikan penggalak terlalu cepat jika anda I+V atau V+I+V.

Menurut pakar, di bawah senario ini, imuniti kekal lebih lama menjangkau lebih 9 bulan.

Untuk itu, anda terangkum di bawah Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) buat masa ini.

Tetapi jika anda ingin meningkatkan perlindungan, anda boleh mendapatkan suntikan penggalak dan Pusat Vaksinasi akan membenarkan anda melakukan demikian.

4) Sekarang kita mesti mendapatkan dos ketiga untuk memastikan status divaksin penuh dapat dilanjutkan, adakah ini bermakna akan ada dos keempat, kelima, keenam?

J: Buat masa ini, hanya Israel yang memberikan dos keempat bagi mereka yang mempunyai sistem imuniti yang terjejas.

Agak terlalu awal untuk menjawab soalan itu.

Jika kita lihat penyakit endemik seperti Influenza, orang ramai biasanya akan mendapatkan vaksin setiap tahun.

Untuk itu, sama ada kita perlukan dos vaksin Covid-19 pada masa depan, bergantung kepada berapa pantas keberkesanan tiga dos ini akan berkurangan, dan sama ada virus ini akan terus bermutasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >