Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri: Ketidakjujuran peguam tidak boleh diterima sama sekali

Apr 30, 2022 | 05:59 PM



Sikap tidak jujur tidak boleh diterima dalam diri seseorang peguam dan adalah penting mereka mempunyai nilai kelakuan yang sangat tinggi, kata Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Mengulas tentang laporan media mengenai peguam pelatih yang menipu dalam peperiksaan Guaman, Encik Shanmugam berkata, kejujuran adalah penting bagi peguam kerana mereka perlu bertindak demi kepentingan pelanggan.



Beliau berkata: "Peguam selalunya punya kebertanggungjawaban kerana anda berada dalam kedudukan amanah di depan klien anda.



"Kejujuran, tingkah laku yang baik, tahap kelakuan yang sangat tinggi. (Ini) amat penting, dan ketidakjujuran tidak boleh diterima sama sekali."



Encik Shanmugram bercakap kepada media pagi tadi, selepas acara mengumpul derma di Changi oleh kelab pelari The Thaarumaaru Runners



Awal bulan ini dilaporkan bahawa sejumlah 11 peguam pelatih telah menipu dalam peperiksaan Peguam 2020 mereka.



Enam daripada mereka telah ditangguhkan kemasukan ke Badan Peguam, selepas Peguam Negara membantah permohonan mereka. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >