Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri kongsi pengalaman hari pertama di kementerian baru

May 17, 2021 | 08:50 PM




BEBERAPA menteri telah berkongsi di media sosial tentang hari pertama mereka dalam kementerian baru masing-masing.





MENTERI PENGANGKUTAN S ISWARAN





Menteri Pengangkuran S Iswaran berkata, hari pertamanya di Kementerian Pengangkutan (MOT) sibuk dengan beberapa panggilan telefon dan Zoom yang telah dilakukan.



Encik Iswaran telah menghubungi Persatuan Teksi Nasional dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional untuk memahami kebimbangan pemandu teksi dan kenderaan sewa persendirian berkenaan kesan langkah Fasa 2 (Diperketat) terhadap kehidupan mereka.



"Saya telah meyakinkan mereka bahawa pemerintah akan terus melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini," tulis beliau di Facebook.



Encik Iswaran turut berbincang dengan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Encik Edward Yau, tentang gelembung perjalanan udara (ATB) antara Singapura dan Hong Kong.



Kedua-dua negara bersetuju untuk menangguhkan ATB itu sekali lagi berikutan bilangan kes jangkitan dalam masyarakat di Singapura yang semakin meningkat.



MENTERI KEWANGAN LAWRENCE WONG




Menteri Kewangan Lawrence Wong pula berkongsi di Facebook bahawa beliau gembira dapat kembali ke Kementerian Kewangan (MOF) dan berkhidmat di sana.



Sebagai pegawai perkhidmatan awam dahulu sebelum menyertai politik, Encik Wong pernah bekerja di MOF dari 1999 hingga 2002.



"Memandang ke hadapan, kita akan berdepan dengan tuntutan besar terhadap sumber fiskal dan pengetatan kedudukan fiskal kita.



"MOF akan menghadapi banyak cabaran untuk memenuhi tuntutan ini. Tetapi kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengekalkan sistem kewangan yang mantap dan mampan, dan berusaha untuk memaksimumkan hasil melalui peruntukan sumber yang bijak," tulis Encik Wong.




MENTERI PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN JOSEPHINE TEO




Cik Josephine Teo pula memulakan tugas sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan hari ini (17 Mei).



Kongsi beliau di Facebook:



"Di MCI dan Negara Bijak, sebahagian besarnya melibatkan pembinaan infrastruktur digital Singapura secara sistematik untuk memberi rakyat kita akses terbaik kepada ekonomi digital dan peluang pekerjaan baru.



"Pada masa yang sama, kami benar-benar komited terhadap  untuk penglibatan (inclusion) digital, terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik dan warga emas."



Cik Teo turut merakamkan penghargaannya kepada bekas rakan kerjanya di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di mana beliau merupakan menteri sebelum ini.




MENTERI PENDIDIKAN CHAN CHUN SING




Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pula berkongsi bahawa beliau telah melawat Sekolah Rendah Cantonment pagi tadi sebelum semua sekolah beralih ke pembelajaran dari rumah (HBL) Rabu ini.



Dalam posnya di Facebook, Encik Chan berkata kedua-dua pendidik dan ibu bapa merupakan sebab kekuatan sistem pendidikan Singapura.



"Saya harap pelajar kekal disiplin dan fokus dalam tempoh mencabar ini," kata beliau.






MENTERI KESIHATAN ONG YE KUNG




Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sempat memuatnaik gambar pejabat barunya di Kementerian Kesihatan (MOH), dengan pos Instagram tersebut menerima hampir 5,500 'like'. 



Beliau antara lain memulakan minggu kerja ini dengan menggunakan Facebook untuk menjawab pelbagai soalan yang beliau terima berhubung langkah keselamatan baru.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >