Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Menteri Lui kecewa dengan khidmat tergendala SMRT

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Menteri Lui kecewa dengan khidmat tergendala SMRT

Jan 23, 2014 | 08:13 PM

MENTERI Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, telah mengarahkan pengendali kereta api SMRT supaya membentang laporan tentang penyiasatan terhadap beberapa insiden membabitkan rangkaian kereta api itu menjelang minggu depan.

Encik Lui telah menemui ketua eksekutif SMRT, Encik Desmond Kuek, dan pengurusan kanan syarikat itu hari ini untuk melahirkan rasa prihatin dan kekecewaannya tentang beberapa insiden kelewatan perkhidmatan SMRT - yang terbaru selama satu jam di laluan Timur-Barat semalam malam.

Insiden itu disebabkan oleh pemandu kereta api yang memintas sebuah tanda isyarat di landasan tanpa kebenaran.

"Saya berkongsi kekecewaan para penumpang kereta api yang terjejas dengan insiden-insiden ini, dan saya berasa empati dengan kebimbangan dan ketidaktentuan yang mungkin dialami mereka," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3